TRADERTOWN.my

Wiwyn Corp
Gambar oleh www.wiwynn.com

Wiwyn Corp Bina Fasiliti Perkilangan PCBA Di Johor

Wiwyn Corp akan mendirikan kilang pemasangan papan litar bercetak (PCBA) untuk pusat data awan di Johor. Syarikat yang berasal dari Taiwan itu akan melaburkan RM300 juta untuk kilang ini.

Kilang yang bakal dibina di Kulai ini dijangka akan mewujudkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan.

Johor kini semakin menjadi tempat tumpuan pelaburan pusat data. Ini kerana negeri ini mampu memenuhi keperluan syarikat teknologi tinggi bertaraf dunia, selain kemudahan utiliti dan tanah yang mencukupi.

Pelaburan dan kehadiran Wiwyn di Johor akan membawa pendedahan antarabangsa. Serta berpotensi menarik lebih banyak pelaburan yang serupa atau berkaitan ke negeri itu.

Fasiliti ini turut berfungsi sebagai hab serantau Wiwynn di rantau Asia Pasifik. Sekaligus akan meletakkan Johor di peta global sebagai pangkalan pembuatan infrastruktur berkaitan dengan pusat data.

Syarikat Taiwan itu akan menggunakan teknologi Indeks Bangunan Hijau untuk membolehkan pembuatan pintar dan operasi mampan di negeri ini.

Pada 20 Dis 2021, Wiwynn dilaporkan akan membangunkan 4,806 hektar tanah di Senai. Yang menempatkan kilang rak pelayan bersepadu dengan pelaburan RM200 juta. Dan dijangka akan mewujudkan kira-kira 500 peluang pekerjaan.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *