TRADERTOWN.my

G7 picture
Gambar oleh reuters.com

G7 Sepakat Sokong Ukraine

G7 (Kumpulan Tujuh) yang terdiri daripada negara-negara kuasa besar menyatakan kesepakatan dan komitmen mereka untuk memberikan sokongan kepada Ukraine.

Ukraine, yang kini berdepan krisis pencerobohan dan serangan daripada Rusia sejak Mac lalu dikatakan akan mendapat sokongan G7 selama mana krisis ini berlanjutan.

Hal ini ditegaskan menerusi satu persidangan bersama tujuh pemimpin yang berlangsung di Jerman pada Isnin. Yang mana ia turut disertai Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara dalam talian selama hampir dua jam.

“Kami akan terus memberikan sokongan kewangan, kemanusiaan, ketenteraan dan diplomatik dan berdiri bersama Ukraine selama yang diperlukan,” kata G7.

“Sebagai G7 kami berdiri bersatu di pihak Ukraine dan akan meneruskan sokongan kami. Untuk ini, kami semua perlu mengambil keputusan yang sukar tetapi perlu,” kata tuan rumah sidang kemuncak itu, Canselor Jerman Olaf Scholz menerusi Twitter beliau, berterima kasih kepada Zelenskyy kerana mengambil bahagian.

“Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Putin. Perang ini harus berakhir.”

Pemimpin-pemimpin G7 turut berkata Rusia mesti membenarkan penghantaran bijirin meninggalkan Ukraine untuk mengelakan krisis makanan global menjadi lebih parah.

Para pemimpin G7 turut menggesa rakyat Ukraine yang dibawa ke Rusia di luar kehendak mereka dibenarkan pulang ke Ukraine dengan selamat.

Sumber G7 berkata Zelenskyy telah menggesa para pemimpin dunia untuk melakukan yang terbaik untuk menamatkan pencerobohan Rusia menjelang akhir tahun. Ini kerana keadaan pertempuran akan menyukarkan tenteranya apabila mereka melancarkan pertahanan yang berdaya maju.

Pemimpin Ukraine itu turut berkata dalam akaun Telegramnya bahawa dia telah meminta para pemimpin untuk mengehadkan harga minyak Rusia. Ini sebagai cara untuk menghabiskan dana perang Rusia yang dibiayai sebahagian besarnya oleh hasil tenaga.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *