TRADERTOWN.my

PetroChina picture
Gambar oleh www.petrochina.com.cn/ptr

PetroChina Mungkin Menjual Aset Di Australia Dan Kanada

PetroChina mungkin menjual asset di mereka di Australia dan Kanada untuk membendung kerugian. Dua asset tersebut adalah projek gas asli di Australia dan pasir minyak di Kanada.

Selain membendung kerugian, penjualan tersebut adalah untuk mengalihkan dana ke tapak yang lebih menguntungkan. Seperti Timur Tengah, Afrika dan Asia Tengah, menurut dua sumber yang mengetahui perkara itu.

Pelan ini mengikuti peralihan strategik yang sama dilakukan oleh CNOOC Ltd. Syarikat senegara yang lebih kecil daripada PetroChina.

Tetapi berbanding CNOOC, pelupusan PetroChina lebih didorong oleh sisi ekonomi aset yang mengecewakan berbanding ketakutan terhadap sekatan AS. Ini kerana mereka tidak memiliki sebarang aset minyak dan gas di Amerika Syarika.

Bagaimanapun, tidak dinafikan tekanan politik dengan Australia dan Kanada turut memainkan peranan.

CNOOC sedang bersedia untuk keluar dari operasinya di Britain, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Ini kerana kebimbangan asset-aset itu boleh dikenakan sekatan Barat.

PetroChina bercadang untuk melakukan penjualan itu selepas memakan dalaman portfolio global mereka yang bermula tahun lepas.

Syarikat itu berharap untuk menjual beberapa aset ini, yang telah mengalami kerugian berbilion dolar. Dan berada di kawasan di mana syarikat itu tidak boleh bersaing dengan mudah, dalam dua tahun akan datang

“Aset gas Australia iaitu Arrow Energy dan Browse dianggap antara ‘aset paling negatif’ dalam portfolio global PetroChina. Ia juga merupakan kawasan di mana CNPC mempunyai sedikit kelebihan daya saing,” kata salah seorang sumber.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *