TRADERTOWN.my

GEELY picture
Gambar oleh global.geely.com

Geely Buat Telefon Pintar Pula?

Geely Holding, pembuat kereta dari China berkata ia akan berusaha untuk memecahkan keseragaman dalam industri telefon pintar. Ini apabila ia menyelesaikan pembelian pegangan majoriti dalam jenama telefon bimbit Meizu.

Meizu adalah sebuah syarikat elektronik China yang telah berusia hamper dua dekad. Syarikat ini menjadi terkenal pada awal dekad pertama sebagai Android China yang akan datang. Walaubagaimanapun, ia telah dikalahkan oleh para pesaingnya dan kini hanya menguasai bahagian pasaran yang kecil.

Perjanjian oleh Hubei Xingji Shidai Technology Co Ltd didedahkan kepada orang ramai pada Jun melalui kenyataan daripada pengawalselia pasaran China.

Hubei Xingji Shidai Technology Co Ltd dilancarkan oleh pengerusi Geely, Eric Li tahun lepas. Sebagai sebahagian daripada usaha pembuat kereta itu ke dalam telefon pintar premium,

Meizu akan kekal sebagai jenama bebas namun mereka akan berusaha untuk bekerjasama rapat dalam bidang seperti perisian.

Syarikat itu juga berkata bahawa Meizu telah membezakan dirinya dengan FlymeOS, penyesuaian berasaskan Android tempatan. Mereka turut berharap untuk memperluaskan perisian mereka merentasi pelbagai peranti.

Xingji Technology berkata firma itu percaya mereka mampu menarik pelanggan dengan menawarkan produk yang berbeza, terutamanya pada tahap premium.

Syarikat itu turut berkata mereka sedang membangunkan portfolio telefon pintar generasi akan datang, peranti mudah alih dan peranti pintar boleh pakai. Kesemua gajet ini akan menggunakan teknologi realiti yang lebih maju.

Reuters melaporkan bahawa Xingji Technology menyasarkan untuk mengeluarkan telefon pintar pertamanya menjelang 2023. Dan menjual 3 juta unit pada tahun pertamanya, memetik memo dalaman.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *