TRADERTOWN.my

China Silk Fund picture
Gambar oleh www.silkroadfund.com.cn

Silk Road Fund Dari China Labur $3 Bilion Di Indonesia

Silk Road Fund (SRF) dari China telah menandatangani perjanjian untuk melabur sehingga 20 bilion yuan ($2.99 bilion) dalam dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) Indonesia.

Beberapa penganalisisi berkata perjanjian itu dikatakan mampu menghalang pelabur barat daripada melabur ke dalam dana Indonesia itu.

Perjanjian itu akan membenarkan untuk pelaburan ke dalam semua sektor yang terbuka kepada warga asing di Indonesia. Terutamanya projek-projek dengan ekonomi berkaitan antara dua negara itu.

Silk Road Fund percaya bahawa pelaburan di Indonesia dan rantau ini mempunyai potensi yang tinggi. Terutamanya apabila menjalankannya bersama-sama Indonesia Investment Authority (INA).

INA berusaha untuk menarik pelabur bersama asing untuk membantu membiayai pembangunan ekonomi.

Berbeza berbanding kebanyakan dana kekayaan negara lain yang menguruskan lebihan hasil minyak atau rizab pertukaran asing,

Selepas dilancarkan pada Februari 2021. INA telah mendapatkan dana jalan tol berjumlah $3.75 bilion dengan dana pencen Kanada dan Belanda serta satu unit Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *