TRADERTOWN.my

Gulfport picture
Gambar oleh Brent Fuchs

Gulfport pula ucap selamat tinggal kepada liga pemain minyak?

Gulfport Energy Corp (GPOR:NASDAQ GS) telah memfailkan permohonan muflis di bawah Bab 11. Syarikat itu merupakan antara syarikat dalam sektor tenaga Amerika Syarikat (A.S) yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19.

Semasa permohonan muflisnya kepada Mahkamah Kebankrapan A.S, Gulfport Energy Corp telah mengisytiharkan jumlah liabiliti sebanyak $2.5 bilion sejak 30 September. Pemfailan itu juga turut menunjukkan pemiutang terbesarnya adalah UBM Financial Corp (NASDAQ: UMBF).

Semasa pengumuman pada hari Sabtu lepas, syarikat itu turut menjelaskan bahawa pihak mereka sedang dalam proses penstrukturan semula persetujuan untuk pelan organisasi.

Penstrukturan semula pelan ini bertujuan untuk menggurangkan hutang syarikat itu sebanyak kira-kira $1.25 bilion dan secara tidak langsung menambah baik kos struktur syarikat tersebut.

Perkara ini disokong oleh David M. Wood, President dan Ketua Pegawai Eksekutif Gulfport yang menegaskan bahawa pihak pengurusan telah membuat tindakan yang tepat dalam perniagaan dan pengurusan kewangan sejak distruktur semula pada tahun 2019.

Tetapi, nampaknya penangan pandemik COVID-19 ini sangat kuat dan memberi kesan mendalam terhadap kesan ekonomi dunia.

Kebanyakkan negara di dunia termasuklah negara maju dan kuasa besar telah melaksanakan perintah berkurung untuk membendung penularan wabak ini.

Situasi ini membantutkan pergerakan masyarakat dan menggurangkan penggunaan bahan bakar. Jadi permintaan terhadap bekalan minyak mentah berkurang dan memaksa harganya menurun.

Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga awal tahun depan meskipun berita penemuan vaksin hangat diperkatakan minggu lepas. Harga minyak mentah yang rendah ini memberi tekanan kepada kebanyakkan syarikat besar dalam industri minyak untuk terus bertahan termasuklah syarikat big oil.

Gulfport tidak terkecuali daripada terpaksa memfailkan permohonan muflis demi menyelamatkan syarikat itu.

Dalam kenyataannya, beliau turut menyifatkan penstrukturan semula ini mampu untuk perlahan-lahan menambah baik kebolehan syarikat itu untuk menjana semula pendapatan dan memberi nilai kepada pemegang saham untuk terus maju ke hadapan.

Sebelum ini nilai saham Gulfport didagangkan setinggi $3.38 pada Disember 2019 tetapi jatuh teruk kepada 24 sen pada hari Jumaat lalu.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *