TRADERTOWN.my

krisis rusia picture
Gambar oleh AFP/GETTY IMAGES

Harga Emas Naik: Kesan Konflik Rusia Yang Tidak Berkesudahan?

Emas naik semasa sesi pasaran pagi Asia, menghampiri ke paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan.

Niaga hadapan emas naik 0.66% kepada  $1,671.75.

Antara faktor penyumbang kepada kenaikan ini adalah setelah insiden Rusia menghantar tenteranya ke Timur Ukraine. Pihak Ukraine turut mengisytiharkan darurat. Ketegangan konflik Rusia-Ukraine ini menyebabkan pelabur beralih kepada aset safe haven kerana kurang berisiko.

Negara Barat pula bertindak balas dengan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rusia.

Konflik Rusia ini telah menyebabkan mata wang Rouble Rusia turun lebih 3% selepas Kesatuan Eropah menyenarai hitam pembuat undang-undang di Rusia. Kesatuan Eropah telah membekukan aset orang-orang kenamaan Rusia dan menghalang perjalanan keluar mereka ke luar negara terutamanya di Eropah.

Sementara itu, di Asia Pasifik, Bank Negara Korea telah mengekalkan kadar faedah pada paras 1.25% semasa penyerahan keputusan polisinya.

Logam berharga lain seperti paladium kekal berada pada harga $2,483.51 manakala perak dan platinum naik 0.1%.

Rusia merupakan negara penghasil emas ketiga terbesar di dunia menerusi syarikat PJSC Polyus. Syarikat Nornickel pula merupakan antara syarikat gergasi dunia yang terlibat dalam penghasilan platinum dan paladium.

PJSC Polyus (MCX:PLZL) dan Nornickel merupakan syarikat Rusia.

Rusia menghasilkan kira-kira 40% bekalan emas dan 10% platinum untuk bekalan global.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *