Harga minyak naik semasa sesi pagi pasaran Asia. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 2.24% kepada $94.89 manakala niaga hadapan minyak mentah Brent naik 2.38% kepada $97.69.
Antara punca kenaikan minyak mentah ini adalah disebabkan oleh kerisauan pelabur berhubung bekalan minyak mentah. Hal ini disebabkan oleh potensi peperangan yang akan berlaku setelah Rusia menceroboh Ukraine semalam.
Rusia merupakan pengeskport minyak mentah ketiga terbesar dunia.
Ketahui sebab harga emas naik dan kaitan dengan Rusia: Baca di sini.
Kebanyakkan orang Ukraine dilihat telah meninggalkan negara tersebut untuk ke kawasan yang lebih selamat.
Tambahan pula, Jerman telah menangguhkan projek saluran perpaipan minyak mentah , Nord Stream 2, yang menghubungkan antara Rusia dan Jerman. Sekatan ini adalah sebagai tindak balas tidak menyokong tindakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Negara barat lain seperti United Kingdom juga telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas bank dan orang kaya Rusia.
Bekalan minyak mentah Kesatuan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) juga dilihat berada pada paras terendah dalam tempoh 7 tahun.
Namun begitu, data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan 4.515 juta tong untuk minggu 18 Februari.
Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN.