TRADERTOWN.my

harga saham microsoft picture
Gambar oleh Ken Wolter/Shutterstock

Harga saham Microsoft naik mendadak? Ini puncanya!

Harga saham Microsoft Corporation (NASDAQ:MSFT) naik mendadak sehingga mencatatkan rekod baru. Ini disumbang oleh pengumuman kenaikan harga langganan Microsoft Office 365 semalam.

Harga langganan Microsoft Office 365 tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu meskipun pelbagai pembaharuan dan baik pulih servis telah dilakukan. Microsoft Office merangkumi aplikasi popular Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Publisher, Team dan Access.

How to fix MS office 2016 issues on Windows 10 - MS Office Helpline | Microsoft office word, Microsoft office free, Microsoft office online

Kenaikan harga langganan akan bermula pada 1 Mac 2022.

Berikut merupakan kenaikan harga bagi pakej yang terlibat:

 

  • Microsoft 365 Business Basic

Harga asal: $5/pengguna

Harga baru: $6/pengguna

  • Microsoft 365 Business Premium

Harga asal: $20

Harga baru: $22

  • Office 365 E1

Harga asal: $8

Harga baru: $10

  • Office 365 E3

Harga asal: $20

Harga baru: $23

  • Office 365 E5

Harga asal: $35

Harga baru: $38

  • Microsoft 365 E3

Harga asal: $32

Harga baru: $36

 

Kebanyakkan syarikat mengikat kontrak jangka masa panjang untuk menggunakan servis Microsoft ini. Jadi, kesan kenaikan harga langganan terhadap pelanggan hanya akan lebih jelas untuk tahun fiskal 2023.

Tetapi, memandangkan kebanyakkan syarikat dah biasa gunakan servis Microsoft dalam operasi mereka, maka pelabur usah risau dengan kebarangkalian syarikat pelanggan menghentikan langganan mereka.

Hal ini kerana, syarikat pelanggan akan berdepan dengan kos masa yang lebih tinggi untuk sesuaikan diri sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan selain Microsoft.

How lawyers can be more productive using Parkinson's Law - iPleaders

Kira-kira 300 juta pelanggan sedia ada akan membayar tambahan sekurang-kurangnya $1 sehingga $3 sebulan.

Menurut penganalisis, purata kenaikan $2 bagi setiap pengguna akan memberikan pulangan tambahan $7.2 bilion kepada pendapatan Microsoft.

Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft mengulas bahawa pendapatan komersial daripada Office 365 meningkat 25% pada suku keempat setiap tahun. Ini disumbang oleh peningkatan pelanggan Office 365 yang meningkat secara organik saban tahun.

The Highest-Paying Jobs With The Most Time Off | Glassdoor Blog

Buat masa ini, Microsoft tidak bercadang untuk melakukan penambahan drastik dalam Office 365.

Justeru, kenaikan pendapatan ini dilihat dapat membantu Microsoft untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan. Jadi pelabur sewajarnya lebih yakin untuk mengekalkan pegangan mereka dalam saham Microsoft.

 

group signal

Belajar trading global secara percuma. Join channel Telegram TRADERTOWN sekarang.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *