TRADERTOWN.my

dominasi picture
Gambar oleh Dreamstime/TNS

Dominasi Google, Apple buat Korea Selatan rasa tercabar?

Sebuah jawatankuasa perundangan dan kehakiman Korea Selatan bersetuju untuk menggubal Akta Perniagaan Telekomunikasi.

Penggubalan ini bertujuan untuk mengawal dominasi Apple Inc (NASDAQ:AAPL) dan Alphabet Inc (NASDAQ:GOOGL) dalam pasaran.

Kedua-dua syarikat gergasi ini didakwa mengenakan caj secara paksaan terhadap pembangun perisian tempatan untuk pembelian dalam aplikasi (in-app purchases).

Google merupakan operator bagi gedung aplikasi Google Store, manakala Apple ialah operator bagi gedung aplikasi App Store.

iOS App Store vs. Google Play Store

Dalam akta ini, operator gedung aplikasi juga diharamkan daripada memaksa penggunaan sistem pembayaran yang telah ditentukan, melambatkan review pengguna dan menghapuskan isi kandungan daripada pasaran aplikasi tanpa notis awal.

Mereka perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang dialami pengguna, memastikan hak dan data pengguna terpelihara dan menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai pembayaran atau pemulangan semula wang pengguna.

Refund stock illustration. Illustration of refund, miscellaneous - 109042248

Google dan Apple mendapat kritikan meluas di peringkat global. Syarikat gergasi ini mewajibkan pembangun perisian yang menggunakan gedung aplikasi mereka untuk menggunakan sistem pembayaran yang telah ditentukan.

Sistem pembayaran ini mengenakan cas komisyen sehingga 30% terhadap pembangun perisian tempatan yang menggunakan platform mereka.

 

Kenapa kena guna sistem pembayaran yang ditentukan?

 

Namun begitu, Apple menegaskan, sistem pembayaran itu bertujuan untuk melindungi pengguna gedung aplikasi daripada risiko penipuan dan melindungi data peribadi pengguna.

Apabila tahap keyakinan pengguna terhadap gedung aplikasi semakin kukuh, jadi lebih banyak peluang pemasaran dapat dilakukan. Pembangun perisian tempatan dapat mempromosikan aplikasi mereka menerusi gedung aplikasi tersebut.

Menurut Wilson White, pengarah polisi awam di Google, penggubalan akta itu dibuat secara tergesa-gesa. Masih banyak lagi impak negatif terhadap pengguna dan pembangun aplikasi di Korea Selatan yang perlu dianalisis secara terperinci.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (A.S) juga telah memperkenalkan rang undang-undang yang sama. AS turut berpendapat Apple dan Google terlalu berkuasa dalam dominasi pasaran aplikasi.

 

group signal picture

Belajar trading global secara percuma. Join channel Telegram TRADERTOWN sekarang.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *