TRADERTOWN.my

Duta Indonesia picture
Gambar oleh facebook.com

Indonesia Beku Penghantaran Pekerja Ke Malaysia?

Indonesia berkata pada Rabu (13 Julai) bahawa mereka telah menghentikan sementara daripada mengahantar rakyat mereka untuk bekerja di Malaysia. Ini termasuk ribuan pekerja yang diambil untuk sektor perladangan.

Pelanggaran dalam perjanjian pengambilan pekerja yang ditandatangani antara kedua-dua negara sebelum ini didakwa sebagai punca tindakan ini diambil.

Pembekuan itu dikenakan selepas pihak berkuasa imigresen Malaysia terus menggunakan sistem pengambilan dalam talian untuk pembantu rumah. Sistem ini telah dikaitkan dengan dakwaan pemerdagangan dan buruh paksa, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono kepada Reuters.

Pembekuan itu merupakan satu tamparan terbaharu bagi Malaysia. Pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan penghubung utama dalam rantaian bekalan global itu yang menghadapi kekurangan kira-kira 1.2 juta pekerja. Masalah ini menimbulkan kegusaran akan menjejaskan pemulihan ekonominya.

M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia Malaysia mengesahkan telah menerima surat daripada pihak berkuasa Indonesia memaklumkan pembekuan itu. Reuters dimaklumkan bahawa dia akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Dalam Negeri, yang menyelia jabatan imigresen.

Menurut Hermono, terdapat kira-kira 20,000 permohonan untuk pekerja daripada syarikat-syarikat Malaysia. Dengan separuh daripadanya adalah untuk pekerjaan dalam sektor perladangan dan pembuatan.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *