TRADERTOWN.my

Presiden Indonesia picture
Gambar oleh facebook.com

Indonesia Tandatangan Pakatan Perdagangan Dengan UAE

Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas pada Jumaat (1 Julai) lalu. Perjanjian itu mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara dua negara itu.

Perjanjian itu dicapai semasa lawatan presiden negara itu, Joko Widodo ke Abu Dhabi. Perjanjian itu akan menghapuskan atau mengurangkan cukai ke atas kebanyakan barangan yang didagangkan antara kedua-dua negara Islam tersebut secara drastik.

Perjanjian itu juga turut meliputi bab perkhidmatan, pelaburan, hak harta intelek dan pengiktirafan bersama terhadap pensijilan halal masing-masing.

Eksport utama negara Asia Tenggara itu ke UAE ialah minyak sawit, barang kemas dan logam berharga. Manakala eksport UAE ke Indonesia kebanyakannya adalah gas petroleum, minyak bukan mentah, besi dan keluli bukan aloi.

Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia manakala UAE pula adalah negara pengeluar minyak utama dunia.

Teks perjanjian itu bagaimanapun tidak dikeluarkan dan masih perlu disahkan oleh kedua-dua negara yang sebahagian besarnya mengikut prosedur yang autokratik di UAE. Tetapi di Indonesia yang demokratik, pengesahan ini mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk dibincangkan di Parlimen negara itu.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *