TRADERTOWN.my

kadar faedah picture
Gambar oleh investmentu.com

Kadar Faedah Dijangka Naik: Punca Emas Turun?

Kadar Faedah Naik, Emas Turun 

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia.

Penurunan ini didorong oleh data inflasi dan kemungkinan besar Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah menjelang Mac tahun ini.

Niaga hadapan emas turun 0.64% kepada $1825.55.

Semalam, data Indeks Harga Konsumer (CPI) meningkat 7.5% untuk tahun ke tahun dan 0.6% untuk bulan ke bulan bagi data bulan Januari. Peningkatan tahunan ini merupakan yang terbesar untuk inflasi dalam tempoh 40 tahun.

Ini meningkatkan lagi jangkaan pelabur terhadap peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan sebanyak 50 mata asas menjelang Mac 2022.

Niaga Hadapan Kadar (rate futures) menunjukkan 62% peluang bahawa bank pusat akan menyokong perkara tersebut.

Hasil Perbendaharaan 10 Tahun Amerika Syarikat juga dilaporkan kekal tinggi pada paras 2%.

Sementara itu, ketegangan di Eropah Timur juga berlanjutan apabila Rusia dan Ukraine gagal menemukan jalan penyelesaian menerusi rundingan dengan Perancis dan Jerman. United Kingdom juga berpendapat bahawa isu ini perlu diselesaikan dengan segera jika tidak mahu ketenteraman politik dan ekonomi di Eropah tergugat.

Logam berharga lain seperti perak, platinum dan paladium masing-masing jatuh 0.3%, 0.5% dan 1%.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *