TRADERTOWN.my

euro picture
Gambar oleh Dado Ruvic/REUTERS

Ketegangan Di Ukraine Punca Euro Jatuh Ke Paras Terendah?

Mata Wang Euro (EUR) jatuh ke paras terendah dalam tempoh sebulan kerana ketegangan antara Rusia dan Barat ke atas Ukraine lebih menarik pelabur kepada Dolar Amerika Syarikat (USD) berbanding EUR.

Selalunya Dolar A.S. dianggap sebagai salah satu mata wang safe haven kerana ianya merupakan antara mata wang rizab dunia dan banyak digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

Pemimpin Barat juga sedang meningkatkan persiapan untuk tindakan ketenteraan Rusia di Ukraine.

Seramai 8,500 orang tentera Amerika Syarikat juga telah diarahkan untuk berada dalam keadaan  bersedia dan berjaga-jaga sekiranya ketegangan meningkat.

Ketegangan semakin meningkat setelah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meletakkan pasukan bersiap sedia dan memperkukuh Eropah Timur.

Lebih banyak kapal dan jet pejuang sebagai telah dikerahkan sebagai tindak balas kepada penambahan tentera Rusia berhampiran sempadannya dengan Ukraine.

Buat masa ini, mata wang Ruble Rusia (RUB) kembali mengukuh 0.54% kepada 78.62 sedolar. Sebelum ini RUB berada dalam keadaan lemah dan pada paras terendah dalam tempoh 14 bulan.

Sementara itu, indeks Dolar naik 0.097% manakala Euro turun 0.23% kepada $1.1297. Mata wang Yen Jepun juga mengukuh 0.01% kepada 113.92 sedolar.

Ketegangan Ukraine telah merisikokan mata wang Euro dan Eropah, tetapi kekuatan Dolar sebenarnya lebih berkaitan dengan pengetatan dasar Rizab Persekutuan.

Rizab Persektuan dijangka akan mengukuhkan rancangan untuk menaikkan kadar faedah dan mengecilkan pegangan bon Perbendaharaan A.S. dan sekuriti bersandarkan gadai janji.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *