TRADERTOWN.my

pencerobohan rusia picture
Gambar oleh Celestino Arce/NurPhoto/Getty Images

Pencerobohan Rusia: Pelabur Bimbang, Emas Dan Minyak Naik?

Emas naik semasa sesi pagi pasaran Asia, menghampiri ke paras tertinggi dalam tempoh 3 bulan berbanding sesi sebelum ini.

Niaga hadapan emas naik 0.58% kepada $1,888. Logam berharga lain seperti perak, platinum dan paladium masing-masing naik 0.2% dan 0.3%.

Antara faktor penyumbang kepada kenaikan emas ini adalah ketakutan pelabur terhadap kemungkinan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Kebimbangan pelabur ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk melabur dalam aset safe haven seperti emas berbanding aset berisiko yang lain.

Perkara ini disokong dengan data penanda aras Hasil Perbendaharaan 10 Tahun Amerika Syarikat yang juga menurun. Ini secara tidak langsung menunjukkan sentimen keyakinan pelabur terhadap masa hadapan ekonomi adalah rendah.

Pencerobohan Rusia di Ukraine ini juga turut menyumbang kepada peningkatan harga minyak tertinggi dalam tempoh 7 tahun.

Sementara itu, di Asia Pasifik, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun menunjukkan pertambahan 1.3% untuk suku ke suku dan 5.45% untuk tahun ke tahun bagi suku keempat tahun 2021.

Namun begitu, ekonomi jepun masih lagi perlu berhati-hati dengan risiko jangkitan varian baru Omicron dan peningkatan harga barangan mentah.

Pelabur sedang menantikan keputusan minit mesyuarat Bank Rizab Australia dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *