TRADERTOWN.my

sekatan picture
Gambar oleh REUTERS/Maxim Zmeyev

Kenapa Rusia Minta Pengecualian Sekatan Ke Atas Bank?

Rusia menuntut agar negara barat menghapuskan sekatan ke atas bank pertanian utamanya Rosselkhozbank. Ini bertujuan untuk membantu eksport bijirin Rusia. Perkara ini dilakukan ketika rundingan ketika melanjutkan perjanjian penghantaran makanan dari Ukraine.

Pengalihan sekatan ke atas bank ini akan membenarkan bank tersebut dalam memproses pembayaran untuk bijirin Rusia dan bahan makanan lain. Sebelum sekatan terkini, pembayaran sedemikian telah dikendalikan oleh bank antarabangsa dan anak syarikat bank Rusia lain di Switzerland.

Rosselkhozbank merupakan bank yang banyak memberikan pinjaman kepada petani Rusia.

Oktober lalu, Rusia telah menggantung penyertaannya dalam koridor bijiran Laut Hitam tetapi menyertainya semula. Penyertaan semula Rusia ini melegakan kebimbangan banyak pihak terhadap gangguan eksport bijirin daripada Ukraine dalam isu inflasi makanan global.

Rusia juga dikhabarkan menuntut agar baja Rusia yang tersekat di pelabuhan dan gudang Eropah agar dilepaskan. Selain itu, pihaknya juga menuntut agar eksport ammonia, bahan penting dalam baja diteruskan menerusi perpaipan Rusia-Ukraine.

Sebelum ini, sekatan yang dikenakan menyukarkan pihak pedagang baja dan bijiran untuk memproses pembayaran dan mengaskses kapal, insurans dan pelabuhan meskipun sepatutnya sekatan ke atas bekalan makanan dikecualikan.

Rusia merupakan antara penghasil utama produk pertanian dan pengeksport gandum terbesar dunia.

Ukraine pula merupakan salah satu pembekal terbesar bijirin, biji minyak dan minyak sayuran.

 

Kongsi Melalui: