Kapal Ever Green berjaya diapungkan semula menjadikan minyak mentah jatuh semasa sesi pagi pasaran Asia tetapi masih lagi dikira stabil setelah 4 sesi berturut-turut mencatatkan pergerakan yang agak ganas.
Usaha untuk melancarkan semula trafik di Terusan Suez telah perlahan-lahan menemui sinar harapan setelah usaha untuk mengapungkan kapal Ever Green berjaya dilakukan.
Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 1.29% kepada $63.60 sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mengelincir 1.59% kepada $60.
Belajar buat keuntungan dengan kenaikan dan penurunan harga minyak mentah. Klik sini
Tetapi sebenarnya, kalau diperhatikan, kedua-dua niaga hadapan ini tidak tersasar jauh daripada paras harga mereka sebelum insiden kapal tersekat di Terusan Suez.
Namun begitu, masih terlalu awal untuk menarik nafas lega sebab walaupun kapal kontena Ever Given berjaya diapungkan semula, tetapi masih ada lagi beberapa kapal tangki yang membawa pelbagai muatan seperti minyak, kontena tersekat di penghujung Terusan Suez tersebut.
Jadi, masih ada kemungkinan bekalan lambat sampai ke destinasi yang sepatutnya dituju selagi mana insiden ini tidak diselesaikan sepenuhnya.
Terusan Suez yang dipunyai oleh Suez Canal Authority Egypt merupakan laluan perdagangan maritime kedua tersibuk di dunia selepas Terusan Besar Beijing-Hangzhou.
Belajar cara analisis teknikal dalam saham secara percuma. Klik sini.