TRADERTOWN.my

Kesesakan trafik Terusan Suez
Gambar oleh britannica.com

Kesesakan trafik Terusan Suez tapi harga minyak tiba-tiba jatuh?

Harga minyak kembali jatuh lebih 2% susulan perintah berkurung yang baharu mengalahkan kenaikan harga minyak akibat halangan laluan kapal tangki pembawa minyak mentah terganggu. Halangan laluan ini terjadi berpunca daripada kapal kontena besar terkandas sehingga menyebabkan kesesakan trafik Terusan Suez semalam.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mengelincir sebanyak $1.33 (2.1%) kepada $63.08 setong selepas naik 6% hari sebelumnya. Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh sebanyak $1.40 (2.3%) kepada $59.78 setong selepas naik 5.9% hari sebelumnya.

 

Join channel telegram di sini PERCUMA untuk belajar teknikal analisis dalam saham minyak mentah dunia

group signal picture

Semalam harga minyak naik akibat laluan perdagangan di Terusan Suez yang terhalang dengan kontena besar sehingga menyebabkan kesesakan trafik Terusan Suez. Sekurang-kurangnya 10 kapal tangki membawa 13 juta minyak mentah terhalang laluannya manakala beribu-ribu kapal lagi sedang menantikan giliran mereka di 5 buah kawasan menunggu sementara.

Terowong Suez merupakan antara terowong buatan manusia paling lama di dunia (150 tahun) dan jalan utama untuk mempercepatkan perdagangan antara Timur dan Barat.

Sekiranya kontena besar itu tidak dapat dialihkan dalam masa terdekat, nampak gaya pihak penapis dan pembeli terpaksa beralih kepada pasaran spot untuk mendapatkan bekalan daripada tempat lain. Syarikat logistik minyak juga boleh cuba mempertimbangkan untuk menggunakan laluan alternatif seperti Tanjung Harapan, Afrika Selatan tetapi sudah tentu akan mengambil masa yang lebih lama berbanding Terusan Suez.

Namun begitu, kenaikan kes COVID-19 di negara membangun dan berkepadatan penduduk seperti India dan Brazil agak merisaukan kerana berpotensi untuk menyebabkan permintaan terhadap bekalan minyak mentah terganggu.

Disebabkan risau dengan potensi kejatuhan harga minyak, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dijangka pada 1 April untuk berbincang tentang pemotongan bekalan minyak mentah.

 

group support minyak

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *