TRADERTOWN.my

Visa picture
Gambar oleh nytimes.com

Visa Inc lebih fleksibel, benarkan penggunaan mata wang kripto

Pengguna mata wang kripto tersenyum lebar setelah Visa Inc membenarkan penggunaan mata wang kripto, USD Coin untuk menyelesaikan transaksi dalam jaringan pembayarannya. Ini menunjukkan penerimaan yang semakin baik oleh pemain utama industri kewangan dalam penerimaan mata wang digital.

Visa Inc bakal melancarkan program rintis untuk pembayaran bersama dengan platform kripto Crypto.com dan bercadang untuk menambah lagi rakan perniagaan akhir tahun ini.

Antara mata wang kripto popular, Bitcoin melonjak naik 4.5% kepada $58,300 susulan berita tersebut.

 

Belajar teknikal analisis pelaburan saham global dengan klik sini.

group signal

 

USD Coin (USDC) merupakan mata wang kripto yang stabil dan nilainya ditambat pada USD.

Selain itu, antara firma kewangan lain yang telah terlibat dalam membenarkan penggunaan mata wang kripto untuk digunakan dalam transaksi dan pelaburan ialah Mastercard Inc, BlackRock Inc dan BNY Mellon.

Sebelum ini, pengguna kad Visa yang ingin menggunakan perkhidmatan Crypto.com untuk membeli barangan, masih lagi perlu membeli menggunakan mata wang fiat konvensional semasa transaksi.

Kemudian, dompet mata wang kripto akan memasukkan mata wang fiat ke dalam akaun bank dan akan dihantar kepada Visa untuk menyelesaikan sebarang urus niaga yang sepatutnya menggunakan dompet mata wang kripto.

Langkah ini menambahkan kos dan masa serta tidak mesra perniagaan.

Jadi, langkah baru yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan blockchain Ethereum untuk lebih memudahkan pengguna sebab tidak perlu lagi menukarkan mata wang digital kepada mata wang fiat, tapi boleh terus guna secara langsung.

 

group support minyak

 

Visa Inc akan bekerjasama dengan bank aset digital, Anchorage yang diasaskan pada tahun 2017 dan akan melengkapkan transaksi pertama bulan ini. Crypto.com akan menghantar USDC kepada alamat Ethereum milik Visa di Anchorage.

Visa Inc merupakan penyedia perkhidmatan kewangan multinasional terkenal dunia yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat (A.S).

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *