TRADERTOWN.my

kapal tangki minyak picture
Gambar oleh Russia Insider

Kapal tangki minyak ditahan lagi, mampukah Syria dan Iran bersabar?

Perdana Menteri Syria, Hussein Arnous telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kapal tangki minyak mentah yang dalam perjalanan ke Syria dari Iran telah ditahan di Laut Merah. Penahanan ini telah menambahkan lagi kelewatan penghantaran minyak mentah ke Syria.

Menurut Perdana Menteri negara bergolak itu, sebanyak 7 buah kapal tangki yang dalam perjalanan ke Syria telah ditahan setakat ini dan beliau turut menyifatkan penahanan ini sebagai suatu tindakan serangan pengganas. Dua daripada kapal tangki minyak tersebut telah ditahan lebih dari sebulan di Laut Merah sebelum dibenarkan untuk berlabuh. Kejadian ini telah sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada sumber bekalan minyak di Syria, tambahan pula Syria ketika ini banyak bergantung kepada sumber minyak yang diimport bagi memenuhi permintaan bekalan minyak di sana.

Syarikat keselamatan maritim, Dyrad Global berkata bahawa kebanyakkan kapal tangki minyak yang disasarkan di Laut Merah adalah yang dalam perjalanan daripada Iran ke Syria.

Sekatan yang dikenakan oleh negara Barat ke atas Syria dan sekatan Amerika Syarikat (A.S) ke atas eksport minyak mentah dari Iran telah menyukarkan lagi penghantaran minyak mentah antara kedua-dua buah negara tersebut.

Syria banyak bergantung dengan bekalan minyak mentah import sejak konflik melanda negara itu pada tahun 2011, dan telah banyak berharap dengan Iran bagi memenuhi keperluan bekalannya.

Sebilangan besar bekalan minyak mentah Syria terletak di bahagian Timur Laut negara itu dan dalam kawalan Majlis Demokratik Syria (SDF) yang dipimpin oleh puak Kurdi dan juga turut menjadi kubu milik pengganas Daesh. Masyarakat Kurdi merupakan orang asal Mesopotamia yang kini menduduki beberapa kawasan di Tenggara Turki, Utara Iraq, Timur Laut Syria, Barat Laut Iran dan Barat Daya Armenia serta turut merangkumi sehingga 35 juta orang. Walaupun merupakan kumpulan etnik keempat terbesar di Timur Tengah, tetapi etnik ini tidak mempunyai negara bangsa sendiri.

Syria kini hanya menghasilkan kira-kira 20,000 tong sehari setelah kehilangan lebih 400,000 tong sehari akibat daripada pertikaian konflik di Timur Laut Syria.

Mampukah hubungan perdagangan minyak mentah antara Iran dan Syria kekal bertahan setelah berkali-kali diasak oleh negara-negara kuasa gergasi dunia untuk tunduk kepada desakan dan arahan mereka semata-mata.

 

 

Nak join group signal dan support percuma? Klik sini 

group signal

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *