TRADERTOWN.my

Myanmar picture
Gambar oleh sciencedirect.com

Mampukah Myanmar terus maju dengan bantuan China?

Myanmar dan China merupakan rakan dagangan yang rapat sejak beberapa tahun lalu. Hubungan dagangan yang semakin baik antara kedua-dua buah negara ini berkait rapat dengan kejayaan sistem pengangkutan saluran perpaipan minyak mentah merentasi sempadan. Melihatkan kejayaan ini, China merancang untuk melabur lebih banyak dalam pembangunan perpaipan minyak di Myanmar untuk tahun mendatang.

Pada tahun 2019, saluran perpaipan China-Myanmar membawa kira-kira 10.8 juta tan minyak mentah. Kedua-dua buah negara yang saling berjiran ini banyak bergantung dengan sistem perpaipan ini untuk menyalurkan sumber tenaga. Hasil pergerakan tenaga ini menyumbang kira-kira 6.3%, bernilai 5.5 bilion dalam masa setahun.

Selain itu, China juga turut mengimport 3.4 juta tan gas asli daripada negara itu pada tahun 2018. Jumlah import ini adalah 54% lebih banyak berbanding tahun sebelumnya. Sistem perpaipan minyak mentah mula dibina pada tahun 2017 bertujuan untuk memudahkan pergagihan tenaga. Pembinaan ini dipengaruhi oleh faktor kejayaan sebelum ini dalam pembinaan perpaipan gas asli antara kedua-dua buah negara pada tahun 2013.

group signal

China membuat pengumuman untuk rancangan bagi meluaskan lagi insfrastruktur minyak dan gas di Pelabuhan Kyaukpyu, Myanmar. Rancangan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan Belt and Road Initiative (BRI) China. BRI merupakan satu inisiatif yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Presiden China, Xi Jinping. Visi BRI adalah untuk mencipta dan menambah baik fizikal, kewangan dan polisi yang akan dapat membantu meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Inisiatif ini merupakan usaha untuk menghubungkan China dengan pasaran Asia, Eropah dan Afrika.

Kedua-dua buah negara yang berjiran itu telah menandatangani perjanjian untuk mengadakan Kajian Kemungkinan untuk pembinaan laluan kereta api sepanjang 650 kilometer yang akan menghubungkan pelabuhan laut dalam di negeri Rakhine dengan Mandalay, Myanmar. Mandalay yang merupakan bandar kedua terbesar Myanmar pulak akan dihubungkan dengan Muse. Muse merupakan kawasan sempadan antara Myanmar dan China. Projek kereta api ini akan mengikut garis panduan perancangan lebih kurang sama seperti projek perpaipan minyak dan gas sedia ada.

Setakat ini, perpaipan tersebut membawa 260,000 tong sehari daripada Lautan India kepada penapisan Anning yang dikawal oleh PetroChina di wilayah Yunnan. Secara purata 203,000 juta tong minyak mentah sehari datang daripada system perpaian Laluan Burma.

Walaupun sebelum ini Myanmar berdepan dengan ketidaktenteram politik, tetapi setakat ini konflik tersebut masih lagi tidak menganggu sistem perpaipan minyak dan gas. Perkara ini memberikan sedikit kelegaan dan keyakinan China untuk teruskan hubungan perdagangan tenaga dengan Myanmar.

Hasil daripada pembangunan perpaipan minyak dan gas merentas sempadan, banyak manfaat ekonomi dapat dilihat kepada Myanmar. Pembangunan industri petrokimia, peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat dan pembangunan infrastuktur yang lebih baik dapat dikecapi oleh rakyat Myanmar. Kerjasama ini bukan hanya menguntungkan Myanmar, tetapi juga turut menguntungkan China sebab China tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya dengan minyak mentah dari Timur Tengah terutamanya dengan Arab Saudi dan Iraq.

Myanmar mempunyai 104 blok minyak mentah dan gas asli, dengan 51 daripada di darat dan selebihnya di lautan. Ini menjadikannya sebagai negara yang mempunyai paling banyak sumber tenaga dalam kalangan anggota ASEAN.

 

Nak belajar ilmu teknikal analisis pelaburan dengan harga mampu milik? Klik sini

kelas saham

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *