TRADERTOWN.my

kapal tangki picture

Kapal tangki Korea Selatan pula ditahan, ini rupanya alasan Iran!

Kor Pengawal Revolusi Iran telah merampas sebuah kapal tangki berbendera Korea Selatan di perairan teluk serta turut menahan krew kapal tersebut. Situasi ini menambahkan lagi ketegangan antara Iran dan Korea Selatan setelah isu dana Iran dibekukan di bank Korea Selatan susulan sekatan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (A.S) sebelum ini. Korea Selatan merupakan sekutu kuat A.S.

Seoul mengesahkan penahanan kapal tersebut yang membawa bahan kimia itu oleh pihak berkuasa Iran di perairan Oman dan menggesa agar kapal tangki itu dilepaskan dengan segera.

Beberapa media Iran termasuklah stesen televisyen kerajaan mendakwa bahawa penahanan kapal tangki itu sebab bahan kimia yang dibawa telah mencemarkan perairan teluk itu.

 

kelas saham

 

Iran kelihatan seperti cuba  membela diri dengan  jurucakap Kementeria Luarnya, Saeed Khatibzadeh menyatakan bahawa penahanan ini adalah sebab teknikal semata-mata.

Kapal tangki Hankuk Chemi itu membawa muatan kira-kira 7,200 tan etanol. Krew kapal yang ditahan itu terdiri daripada warganegara Korea Selatan, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Ketika ini, Hankuk Chemi masih ditahan di Bandar Abbas, Iran.

Adakah insiden itu berlaku secara kebetulan menjelang lawatan yang dijadual oleh Menteri Luar Korea Selatan ke Tehran? Ataupun dirancang? Hal ini kerana terdapat desas-desus mengatakan Iran ingin mengambil kesempatan agar dapat menuntut Korea Selatan melepaskan dana $7 bilion miliknya yang kini ditahan oleh bank Korea Selatan sebab sekatan A.S.

 

group support minyak

 

A.S telah mengenakan semula sekatan kepada Iran pada tahun 2018 setelah Iran bertindak melanggar perjanjian nuklear. Tetapi, penguasaan Iran terhadap penghantaran di Teluk merupakan suatu cabaran kepada A.S untuk menjinakkan Iran.

Hangkuk Chemi adalah milik DM Shipping Co telah bertolak daripada dermaga petroleum di Jubail, Arab Saudi sebelum kejadian insiden penahanan tersebut.

Sebelum ini, pada awal tahun 2019, Iran telah meningkatkan ketegangan di salah sebuah laluan perdagangan laut tersibuk di dunia apabila bertindak menahan kapal tangki berbendera British, Stena Impero. Kejadian ini dikaitkan dengan tindak balas British yang sebelum ini telah menahan kapal tangki Iran di persisiran Gibraltar.

 

group signal

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *