TRADERTOWN.my

eksport cecair gas asli picture
Gambar oleh nsenergybusiness.com

Eksport cecair gas asli: Rusia tingkatkan permainan

Rusia telah meluluskan pelan jangka masa panjang untuk program eksport cecair gas asli negaranya. Pelan jangka masa panjang ini dijangka akan dapat meningkatkan kapasiti penghasilan dan pemprosesan gas asli sehingga 140 juta tan setahun menjelang tahun 2035.

 

Menurut Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin, pelan jangka masa panjang ini merupakan pendekatan menyeluruh untuk mensasarkan perluasan bekalan gas dan menggunakan sepenuhnya sumber yang ada di kawasan Artik.

 

Peningkatan eksport cecair gas asli Rusia sedang disasarkan dan dijangkakan akan dapat memenuhi pertumbuhan permintaan yang tinggi untuk produk itu secara global.

 

Buat keuntungan dalam kenaikan dan kejatuhan harga minyak. Klik sini untuk belajar analisa teknikal saham

group signal

 

Permintaan global terhadap cecair gas asli dijangkakan akan meningkat dua kali ganda daripada 360 juta tan tahun lepas kepada 700 juta tan menjelang tahun 2040. Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang konsisten daripada Asia dan perluasan penggunaan gas asli dalam penjanaan tenaga elektrik.

 

Rusia bercadang untuk menjadi sebahagian daripada pembekal cecair gas asli utama dengan mensasarkan 20% penguasaaan dalam pasaran global menjelang tahun 2035.

 

Kalau diikutkan, projek cecair gas asli Artik Rusia mendapat kelebihan dari segi kos yang lebih rendah dan disokong oleh projek mega eksport dan cecair gas asli yang diumumkan oleh Qatar sebelum ini.

 

group support minyak

Join channel telegram untuk belajar trade minyak. Klik sini

Qatar juga tidak terkecuali dalam mengembangkan projek cecair gas asli negara itu dan mensasarkan untuk meningkatkan kapasiti penghasilan daripada 77 juta tan setahun kepada 110 juta tan setahun menjelang 2026.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *