TRADERTOWN.my

kadar faedah picture
Gambar oleh Reuters

Kadar Faedah Kekal Sama: USD Masih Berpeluang Naik?

Mata wang Dolar naik ke paras tertinggi dalam tempoh 5 minggu berbanding mata wang utama lain.

Dolar A.S (USD) mencecah harga tertinggi dalam tempoh 2 bulan. USD didagangkan pada harga $1.1220 se Euro dan 114.62 berbanding Yen.

USD mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun berbanding mata wang Dolar New Zealand (NZD), tujuh minggu berbanding Dolar Australia (AUD) dan yang terbaik sejak awal Januari berbanding Pound Sterling Britain (GBP).

Antara punca kenaikan USD ini ialah keputusan mesyuarat polisi monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang diumumkan semalam.

Pengerusi Fed, Jerome Powell menyimpulkan bahawa ahli lembaga berhasrat untuk mengambil kira tentang kenaikan kadar faedah pada bulan Mac. Kenaikan kadar faedah ini bertujuan untuk mengawal inflasi.

Namun begitu, beliau menyatakan tiada sebarang tindakan diambil dan kadar faedah masa lagi kekal sama buat masa ini.

Menurut ahli strategis Bank Negara Singapura, pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah akan berlaku sebanyak 4 kali tahun ini, iaitu 1 bagi setiap suku tahun.

Lonjakan semalaman USD sebanyak 0.7% berbanding yen adalah yang paling ketara dalam tempoh lebih dua bulan.

Pelabur agak bimbang untuk memasuki pasaran bon dan ekuiti kerana prospek kadar faedah yang lebih tinggi.

Sementara itu, NZD jatuh 0.7% kepada $0.6601, menghampiri ke paras terendah dalam tempoh 15 bulan.

AUD pula kira-kira 0.6% pada $0.7072, setelah menembusi sokongan sekitar $0.7082 untuk meninggalkan paras terendah dalam bulan Disember pada $0.6994.

Dalam sesi Asia, keuntungan perindustrian China berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh lebih 18 bulan. Ini memberi kesan kepada kejatuhan Yuan China (CNY).

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *