TRADERTOWN.my

ukraine picture
Gambar oleh GETTY IMAGES

Ketegangan Politik Di Ukraine Punca Emas Naik?

Emas naik sedikit semasa sesi pagi pasaran Asia.

Kenaikan ini berkait dengan kebimbangan pelabur terhadap situasi semasa ketegangan geopolitik di Ukraine dan Eropah Tengah yang semakin memuncak.

Selain itu, pelabur sedang menantikan keputusan polisi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat berhubung kenaikan kadar faedah.

Niaga hadapan emas naik 0.01% kepada $1841.80.

Sementara itu, ketegangan antara Amerika Syarikat dan Rusia berhubung situasi di Ukraine terus berterusan. Amerika Syarikat meletakkan seramai 8,500 orang tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga.

United Kingdom (U.K) juga telah mengarahkan kakitangan dan keluarga diplomat mereka untuk mengosongkan kedutaan dan kembali ke UK.

Keputusan polisi monetari Rizab Persekutuan (Fed) akan dikeluarkan pada Rabu ini. Pelabur menjangkakan pihak Fed akan meningkatkan pelan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas pada Mac 2022.

Bank Negara Kanada juga akan menyerahkan keputusan polisinya pada hari yang sama dengan Fed manakala Bank Rizab Afrika Selatan akan menyerahkan polisinya pada hari Khamis.

Republik Sudan akan memperkukuh segmen eksport emas untuk menampung import barangan keperluan negaranya.

Negara itu akan memulakan bajet 2022 yang baru tanpa menggunakan bantuan asing meskipun sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi berikutan isu rampasan kuasa.

Logam berharga lain seperti perak, paladium dan platinum masing-masing jatuh 0.8%, 0.6% dan 0.7%.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *