TRADERTOWN.my

Peter Lynch picture
Gambar oleh businessinsider.com

Nak jadi pelabur hebat macam Peter Lynch? Ikut nasihat ini

Sebut sahaja nama Peter Lynch, pasti ramai pelabur yang akan kenal. Peter Lynch merupakan seorang pelabur berasal daripada Amerika Syarikat (A.S), pengurus dana bersama (mutual fund manager), dan juga merupakan seorang dermawan. Semasa beliau menjadi pengurus Magellan Fund di Fidelity Investments pada tahun 1977 sehingga 1990, Lynch memperoleh pulangan tahunan  secara konsisten 29.2% dan lebih  dua kali ganda untuk indeks pasaran saham S&P 500 dan menjadikannya seorang pengurus dana bersama antara terbaik di dunia. Ini merupakan nasihat Peter Lynch kepada pelabur dalam mengenal pasti 6 jenis stok untuk mengembangkan portfolio pelaburan saham

1. Slow Grower

  • Slow growers ialah syarikat yang pada mulanya bergerak laju tetapi akhirnya perkembangan syarikat mencapai paras mendatar.
  • Sering dikaitkan dengan revolusi industri atau fasa perubahan.
  • Pelabur dinasihatkan agar mengelakkan daripada membeli stok dalam kategori ini.
  • Ciri-ciri syarikat yang slow grower: suka bagi dividen, tidak menggunakan semula duit lebihan untuk perkembangan syarikat.

2. Stalwarts

  • Harga saham sering naik tiba-tiba dengan perlahan yang lama.
  • Jangkaan keuntungan saham jenis ini ialah 30 % – 50%.
  • Kebiasaannya syarikat adalah dalam kategori konsumer tetapi mempunyai perkembangan yang memberangsangkan.
  • Contoh: Coca-Cola, Procter and Gamble, Hershey’s, Colgate-Palmolive.

Join channel telegram secara percuma untuk belajar teknik mudah melabur saham. Klik sini.

3. Fast Growers

  • Size saham yang kecil, kebiasannya syarikat baru dan agresif.
  • Perkembangan syarikat 20-25% setahun.
  • Pulangan biasanya 10-40 kali ganda tetapi boleh juga mencapai sehingga 200 kali ganda.
  • Peter Lynch paling suka saham jenis ini.

4. Cyclicals

  • Kebiasaannya mempunyai naik dan turun (volatile) dalam perniagaan.
  • Contoh: syarikat penerbangan, pembuatan besi, tayar, minyak dan gas.
  • Sangat bergantung dengan konsep permintaan dan pengeluaran dalam pasaran yang berkaitan.

5. Turnarounds

  • Saham yang jatuh mendadak dalam masa yang lama.
  • Kebanyakkan syarikat ini membeli pelbagai anak syarikat daripada pelbagai industri dengan niat untuk meluaskan portfolio perniagaan, tetapi akhirnya memerlukan kos pengendalian yang tinggi dan mengakibatkan kerugian kepada syarikat induk.
  • Bak kata Peter Lynch, ini adalah diworsification, bukannnya diversification.

6. Asset Plays

  • Syarikat jenis ini mempunyai aset yang yang tersembunyi dan selalunya agak sukar didapati dalam laporan penyelidikan penganalisis pasaran.
  • Harga stok berpotensi tinggi untuk naik berkali-kali ganda.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *