TRADERTOWN.my

saman picture
Gambar oleh Alex Brandon / Associated Press

Donald Trump saman Facebook, Google dan Twitter

Bekas Presiden Amerika Syarikat (A.S), Donald John Trump telah memfailkan saman terhadap Facebook Inc (NASDAQ:FB), Twitter Inc (NYSE:TWTR) dan Alphabet Inc (NASDAQ:GOOGL). Ini termasuklah saman kepada Ketua Eksekutif bagi syarikat tersebut. Tuntutan itu mendakwa platform media sosial telah melanggar hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat (A.S). Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Miami.

 

Selain itu, saman tersebut juga meminta hakim untuk membatalkan Seksyen 230 Akta Kesopanan Komunikasi. Akta itu merupakan tulang belakang syarikat Internet. Hal ini kerana, akta itu memberikan perlindungan kepada laman web daripada bertanggungjawab terhadap kandungan yang disiarkan oleh pengguna.

 

Menurut Trump, akta ini wajar ditarik semula kerana menyebabkan syarikat Internet gergasi tidak mahu bertanggungjawab atas sebarang tindakan mereka. Trump menyifatkan tindakan beliau itu adalah sebagai mewakili masyarakat yang dipaksa untuk berdiam diri dan tidak mendapat kebebasan bersuara yang sewajarnya dalam media sosial. Namun, isu tersebut masih lagi belum mendapat respond daripada wakil syarikat internet tersebut.

 

Sebelum ini, akaun media sosial Trump telah digantung kerana mempromosikan keganasan. Ini kerana tindakan Trump yang mendakwa pilihan raya presiden Amerika Syarikat (A.S) yang lalu tidak telus. Selain itu, beliau bertegas  berlaku tipu undi sehingga menyebabkan beliau kalah. Kenyataan beliau ini menjadi punca ratusan penyokongnya melancarkan serangan ke atas Kapitol Amerika Syarikat pada 6 Januari lalu untuk menuntut keadilan.

 

Isu kebebasan bersuara adalah penting di negara maju. Contohnya di A.S. Persoalannya, mampukah Trump berjaya mengubati luka kekalahannya dengan hanya menyalahkan orang lain semata-mata?

 

Nak belajar saham global? Join channel Telegram percuma. Klik di sini. group signal picture

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *