TRADERTOWN.my

opsyen minyak mentah
Gambar oleh VCG Photo

Shanghai tawar kontrak opsyen minyak mentah kepada pelabur luar

Shanghai International Energy Exchange (INE) telah melancarkan kontrak opsyen minyak mentah terbuka kepada pelabur asing sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan kuasa harga China dalam pasaran komoditi.

Ramai dalam kalangan pelabur yang nampaknya teruja dengan pengumuman China menawarkan kontrak opsyen minyak mentahnya kepada orang luar.

Namun begitu, ada juga sesetengah pelabur yang masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan niaga hadapan minyak mentah ini mampu menjadi penanda aras yang sama seperti minyak antarabangsa yang lain seperti West Texas Intermediate (WTI) dan Brent. Kerisauan ini berpunca daripada persepsi bahawa China bukan sebuah ekonomi pasaran dan tindakan kerajaan China yang suka campur tangan dengan komoditi tempatan sebelum ini.

 

group signal picture

 

Bulan lalu, Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China (CSRC) telah meluluskan permohonan untuk pelancaran opsyen dagangan komoditi tersebut kepada pelabur luar sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk dasar buka pintu pasaran derivatifnya. Sementara itu, dalam aspek komoditi, opsyen minyak sawit juga telah dibuka kepada pelabur luar pada minggu lalu.

Menurut pemilik INE iaitu Shanghai Futures Exchange, antara syarikat yang terlibat dalam perdagangan opsyen minyak mentahnya ialah pedagang komoditi Trafigura, Mercuria, dan Freepoint Commodities, serta broker China CITIC Securities dan anak syarikat PetroChina International yang berpangkalan di Hong Kong.

Opsyen minyak mentah mendapat minat dalam kalangan pelabur tetapi seperti mana keadaan niaga hadapan minyak mentah dominasi Yuan yang dilancarkan 3 tahun lalu, kontrak opsyen akan mengambil masa yang agak lama untuk dicairkan (liquidity).

Belajar analisis teknikal pelaburan minyak mentah dan emas secara percuma. Klik sini. 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *