TRADERTOWN.my

harga minyak picture
Gambar oleh businesstimesng.com

Rusia Cari Pasaran Minyak Baru Di Afrika Dan Timur Tengah

Data Refinitiv Eikon dan sumber menunjukkan Rusia meningkatkan bekalan petrol dan naphtha ke Afrika dan Timur Tengah. Ini susulan kerana negara itu bergelut unutk menjual bahan api di Eropah. Negara-negara Asia pula sudah mengambil minyak mentah dari negara itu dalam jumlah yang lebih besar.

Perkembangan ini berkemungkinan meningkatkan persaingan untuk pelanggan Asia antara Rusia dan pengeksport utama bahan api yang lain. Seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang merupakan tiga pembekal utama ke Asia.

Kesatuan Eropah (EU) telah mengurangkan import minyak mentah dan bahan api daripada Rusia secara pelahan-lahan sejak Mac lalu. Mereka juga telah bersetuju dengan sekatan penuh yang akan berkuat kuasa menjelang akhir 2022.

Pembeli Asia telah mengambil langkah pantas untuk meningkatkan pembelian minyak mentah daripada Rusia. Walaupun Asia bukanlah pasaran semula jadi untuk bahan api negara itu. Ini kerana Asia menapis lebih banyak minyak daripada yang diperlukan dan merupakan pengeksport bersih bahan api.

Ini menjadikan pencarian pasaran baharu seperti Afrika dan Timur Tengah sangat penting bagi Rusia untuk melindungi pasaran globalnya. Serta mengelakkan penurunan yang lebih teruk dalam eksport dan pengeluaran minyak.

Seorang peniaga yang terlibat dalam perdagangan produk minyak Rusia memberitahu Reuters, lebih banyak penghantaran dijangkakan ke Afrika dan Timur Tengah pada separuh kedua tahun ini. Terutamanya apabila sekatan EU semakin hampir.

Negara terbesar di dunia itu mengeksport lebih 2.5 juta tong sehari (bpd) minyak mentah dan kira-kira 2 juta bpd bahan api ke Eropah. Sebelum sekatan ke atas sektor kewangan negara itu yang telah menyukarkan perdagangan.

Walaupun kos penghantaran lebih tinggi, membekalkan produk minyak Rusia ke Afrika dan Timur Tengah membantu firma perdagangan mengekalkan margin. Ini kerana pilihan untuk menjual semula produk minyak di Eropah telah dihadkan kerana sekatan, kata peniaga.

“Sohar (di Oman) dan Fujairah (di UAE) boleh menawarkan kapasiti penyimpanan dan pengadunan untuk semua tong ini. Manakala pelabuhan Eropah telah mula menolak produk minyak Rusia”, kata sumber pasaran.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *