TRADERTOWN.my

IATA picture
Gambar oleh www.iata.org

Penumpang Udara Dijangka Mencapai 83% Daripada Paras 2019 Tahun Ini: IATA

Penumpang udara dijangka mencecah 83% daripada tahap sebelum pandemik. Pulangan industri penerbangan kepada keuntungan pula diramal ‘dalam jangkauan’ pada 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Syarikat penerbangan dijangka akan dapat bertahan. Orang ramai pada masa ini terbang dalam jumlah yang lebih besar. Kargo juga menunjukkan prestasi yang baik walaupun ketidaktentuan ekonomi semakin meningkat.

Industri udara antara industri yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19. Jumlah penumpang merosot 60% dan kekal turun 50% pada 2021. Syarikat penerbangan mengalami kerugian berjumlah hampir $200 bilion dalam tempoh dua tahun.

Walaupun beberapa firma dalam sektor itu telah muflis, terdapat firma lain (kebanyakannya disokong oleh kerajaan) yang bangkit daripada wabak itu dengan keuntungan yang kukuh.

IATA terpaksa memindahkan mesyuarat agung tahunannya dari Shanghai ke Qatar. Ini kerana pergelutan yang dihadapi oleh China dengan wabak Covid-19 ketika ini.

Persatuan global itu mewakili 290 syarikat penerbangan, menyumbang 83 peratus daripada perjalanan udara di seluruh dunia.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *