TRADERTOWN.my

Won Korea Selatan picture
Gambar oleh wikipedia.org

Won Korea Selatan Pecah Paras 1,300

Won Korea Selatan jatuh di bawah ambang psikologi 1,300 bagi setiap dolar A.S. buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun. Tetapi, peniaga berkata sentimen pasaran agak tenang walaupun di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan ekonomi global dan kekuatan dolar.

Won melemah sebanyak 0.42% dalam dagangan ‘spot’ dalam negeri pada Khamis untuk mencecah paras terendah sejak 14 Julai 2009. Iaitu pada 1,302.8 per dolar.

Paras 1,300 adalah paras yang telah bertahun-tahun dianggap sebagai tanda risiko ekonomi utama. Paras ini dilihat semasa krisis kewangan global 2008-2009 dan krisis kewangan Asia 1997-1998.

Bagaimanapun, peniaga pertukaran asing domestik berkata, ianya adalah berbeza kali ini. Ini kerana perubahan landskap permintaan bekalan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Contohnya, seperti peningkatan pelaburan luar negara yang juga harus menjadi faktor yang mempengaruhi harga. Selain daripada kekuatan dolar yang berada pada aras tertinggi dalam dua dekad.

Won telah melemah lebih daripada 8% tahun ini. Ini berikutan kejatuhan 8.6% pada tahun 2021 yang merupakan kejatuhan tahunan terpantas sejak 2008.

Tahun lepas, Perkhidmatan Pencen Kebangsaan Korea Selatan meningkatkan pegangan saham dan bon luar negara sebanyak 82.9 trilion won ($63.85 bilion), atau 35%. Hal ini sejajar dengan rancangan jangka panjang mereka untuk meningkatkan pelaburan luar negara bagi keuntungan dan kemampanan dana.

Pelabur runcit juga telah membeli saham luar negara yang bernilai $21.9 bilion bersih pada 2021. Ini selepas $19.7 bilion pada 2020 atas peningkatan minat dalam pelaburan saham. Mereka telah melakukan pembelian bersih sebanyak $12.4 bilion setakat tahun ini.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *