TRADERTOWN.my

rouble picture
Gambar oleh tellimer.com

Rouble Rusia Junam, Barat Menang Perang Ekonomi?

Mata wang Rouble Rusia turun ke rekod terendah. Namun begitu, mata wang Dolar naik semasa sesi pagi pasaran Asia.

Indeks Dolar Amerika Syarikat naik 0.75% kepada 97.345.

Antara punca penurunan mata wang Rouble Rusia ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi terhadap Rusia. Kebanyakkan negara barat telah menghalang bank Rusia daripada menggunakan sistem pembayaran global SWIFT.

Sekatan ekonomi baharu oleh negara barat terhadap Rusia terus meningkatkan lagi ketegangan konflik antara Rusia dan Ukraine. Ukraine mendapat sokongan antarabangsa terutamanya negara barat.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin pula telah meletakkan pasukan bersenjata nuklear dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga bagi memastikan Rusia selamat.

Bank Pusat Persekutuan Rusia telah bertindak balas dengan mengumumkan langkah-langkah untuk menstabilkan pasaran domestik dan mata wangnya, meskipun bank pusat itu sendiri telah dikenakan sekatan daripada mencairkan dan menggunakan rizab antarabangsanya.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *