TRADERTOWN.my

emas picture
Gambar oleh unsplash.com

Rusia Dan Ukraine Bakal Berunding, Macam Mana Dengan Nasib Emas?

Emas naik perlahan semasa sesi pagi pasaran Asia. Niaga hadapan emas naik 0.3% kepada $1906.45.

Kenaikan ini didorong oleh permulaan rundingan gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine.

Kedua-dua negara ini memulakan gencatan senjata masing-masing berhampiran sempadan Belarus. Namun begitu, setakat ini masih belum ada lagi petunjuk Rusia akan menghentikan pencerobohahnnya ke atas Ukraine.

Sementara itu, Bank Pusat Rusia telah menaikkan kadar dasar utamanya kepada 20% dan memperkenalkan beberapa langkah bagi kawalan modal.

Namun begitu, bank pusat masih lagi sukar untuk menaikkan mata wang Rouble kerana sekatan daripada barat telah menyukarkan bank pusat daripada menjual aset dan mata wang asingnya.

Beberapa syarikat terkemuka global milik barat seperti Shell dan BP juga telah mula keluar bertindak untuk keluar daripada Rusia.

Logam berharga lain seperti paladium naik 0.2% kepada $2,494.00 manakala perak dan platinum masing-masing turun 0.5% dan 0.2%.

 

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *