Harga minyak mentah turun semasa sesi pembukaan pasaran.
Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 1.6% kepada $110.85 manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) juga turun 2.2% kepada $106.92 setong.
Antara punca penurunan harga minyak mentah ini adalah pelabur agak lega dengan kemungkinan bekalan minyak akan kembali pulih.
Hal ini kerana, Rusia dijangka akan mengadakan rundingan susulan dengan Ukraine dalam masa terdekat untuk menyelesaikan krisis geopolitik antara mereka.
Sementara itu, Rusia pula dijangka akan bergantung harap dengan China bagi membantunya dari sudut ekonomi.
Sebelum ini, negara barat telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia dan kebanyakkan pernigaan besar seperti BP, francais McDonald’s dan lain-lain telah menghentikan operasi perniagaan mereka di Rusia. Langkah sejata ekonomi ini adalah sebagai usaha kuasa antarabangsa dalam menekan Rusia agar menghentikan pencerobohannya ke atas Ukraine.
Namun begitu, Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada China agar tidak membantu Rusia sekiranya tidak mahu negaranya dikenakan sekatan ekonomi juga.
Berjayakah Rusia dalam usahanya untuk menguasai kekuatan geopolitik tetapi pada masa yang sama tidak menggadaikan ekonomi negaranya?