TRADERTOWN.my

rusia picture

Rusia Tarik Balik Tentera, Harga Emas Kembali Jatuh

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia.

Niaga hadapan emas turun 0.11% kepada $1,854.25 manakala mata wang Dolar didagangkan lebih tinggi.

Antara sebab penurunan ini adalah ketegangan Rusia di Ukraine yang dijangka akan semakin pulih. Ini susulan pihak Rusia telah menarik semula sebahagian tenteranya di sempadan Ukraine dan meredakan sedikit ketegangan di sana.

Meskipun begitu, emas masih berpeluang untuk naik dari aspek fundamental kerana masih terdapat kemungkinan keadaan Rusia-Ukraine kembali tegang.

Situasi geopolitik yang tegang akan menyebabkan pelabur beralih kepada aset safe haven seperti emas.

Sementara itu, di Asia Pasifik, data indeks harga konsumer China menunjukkan peningkatan 0.9% untuk tahun ke tahun dan 0.4% untuk bulan ke bulan bagi Januari. Data indeks harga produser juga meningkat 9.1% untuk tahun ke tahun.

Logam berharga lain pula seperti perak turun 0.1%, platinum naik 0.2% dan paladium naik 2.7%.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *