TRADERTOWN.my

gbp picture
Gambar oleh islandecho.co.uk

Selepas Mata Wang Asia, Kini Giliran GBP Pula Tergolek?

Pasangan mata wang GBP/USD jatuh 4% ke paras terendah sepanjang masa (all-time high) $1.0382.

Antara faktornya kejatuhan ini adalah pengumuman kerajaan Britain untuk memperkenalkan pemotongan cukai dan insentif pelaburan kepada pelabur.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Britain untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi pasaran tempatan. Namun begitu, penganalisis melihat tindakan ini hanya menguntungkan golongan elit dan tidak membantu mengatasi inflasi dalam kalangan rakyat.

Selain itu, kenaikan mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) yang berterusan setelah pengumuman polisi monetari oleh Rizab Persekutuan (FED) juga turut menyumbang kepada kejatuhan mata wang negara lain. Ini termasuklah kebanyakkan mata wang negara asia seperti Yen Jepun dan tidak terkecuali Pound Sterling.

Mampukah Britain kekal bertahan dengan tekanan inflasi dan kejatuhan mata wang GBP seperti yang dialami oleh kebanyakkan negara lain?

Apakah tindakan Britain ini sesuai atau sebenarnya hanyalah sekadar rancangan yang tidak berpijak di bumi yang nyata?

 

 

Kongsi Melalui: