TRADERTOWN.my

google picture
Gambar oleh Justin Sullivan/Getty

Australia tak puasa hati dengan dominasi Google?

Australia sekat iklan Google?

 

Badan pemerhati antimonopoli Australia mencadangkan agar pihak kerajaan menyekat kebebasan Google dalam menggunakan data yang diperoleh di internet bagi tujuan penjualan iklan bersasar.

Hal ini kerana, syarikat gergasi teknologi dari Amerika Syarikat (A.S) itu berpotensi untuk mendominasi pasaran sehingga boleh menindas pelanggan dan penerbit iklan yang lain.

Australia vs Google

Foto : natoassociation.ca

Pertikaian ini merupakan isu kedua yang dihadapi oleh Australia dan Alphabet Inc (NASDAQ:GOOGL).

Sebelum ini, Australia pernah mencadangkan agar Google dan Facebook dikenakan bayaran bagi setiap berita yang diambil daripada syarikat media arus perdana Australia.

Monopoli data pengguna

Selain Australia, A.S dan badan kawal selia Eropah juga antara pihak yang pernah menyuarakan kebimbangan terhadap potensi monopoli firma teknologi gergasi A.S itu dalam data pengguna dan pengiklanan.

Lebih daripada 90% klik pada iklan yang melalui rantaian bekalan “teknologi iklan” Australia melalui sekurang-kurangnya satu perkhidmatan milik Google pada tahun 2020.

Foto : constructionbusinessowner.com

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) menggesa agar syarikat itu bersikap telus terhadap penggunaan data pengguna yang didapati daripada perkhidmatan penstreaman video Youtube dan pemetaan enjin pencarian sebagai informasi yang diperlukan untuk menjual iklan.

Bagi ACCC, ini adalah tidak adil kepada pengiklan yang lain kerana mereka tidak mempunyai kelebihan data pengguna tanpa sempadan untuk digunakan dalam pengiklanan mereka.

Sumbangan ekonomi

Foto : globalrcg.com

Namun begitu, menurut Google, teknologi pengiklanannya menyumbang kira-kira $2.45 bilion setahun kepada ekonomi Australia dan menyediakan 15,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Australia.

Adakah Google akan berdiam diri sahaja?

Mampukah Australia bertahan dari sudut ekonomi dan kemajuan informasi teknologi sekiranya syarikat gergasi teknologi itu menarik diri sepenuhnya dari negara tersebut?

Belajar saham global di TRADERTOWN. Klik sini untuk join channel TELEGRAM PERCUMA. 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *