TRADERTOWN.my

syarikat gas rusia
Gambar oleh Andrey Rudakov | Bloomberg | Getty Images

Syarikat Gas Rusia Ugut Sekat Bekalan Gas Ke Ukraine

Gazprom PJSC mengugut untuk memotong bekalan gasnya ke Eropah yang melalui Ukraine pada minggu hadapan. Gazprom PJSC merupakan syarikat tenaga multinasional yang dimiliki oleh Rusia.

Tindakan ini dilihat kejam memandangkan cuaca sejuk mula melanda kebanyakkan negara Eropah dan majoriti daripada mereka telah mula mengawal penjualan gas runcit.

Laluan Ukraine itu merupakan perpaipan terakhir yang membawa gas Rusia kepada Barat Eropah setelah Rusia sebelum ini menyekat bekalan kepada benua itu sebelum perang Rusia-Ukraine. Akibatnya, penjualan gas dikawal dan membawa kepada peningkatan harga gas mendadak.

Menurut penghasil gas Rusia itu, sebahagian daripada bekalan gas untuk Moldova telah disimpan di Ukraine. Gazprom juga telah memberi amaran akan mengehadkan isipadu gas yang melalui Ukraine bertepatan dengan isipadu gas yang tidak sampai kepada pelanggannya di Moldova.

Meskipun bekalan gas dalam kalangan negara Eropah buat masa ini adalah mencukupi, tetapi kebanyakkan penganalisis memberi amaran bahawa cuaca sejuk kali ini pasti memberi cabaran getir tanpa bekalan daripada Rusia.

Sebelum ini, Gazprom menghantar kira-kira 43 juta meter padu sehari kepada Pasaran Eropah menerusi laluan Ukraine itu.

Tetapi, sejak Oktober lalu, Gazprom telah memotong bekalan gas kepada 5.7 meter padu dan berjanji akan mengekalkan pada kadar bekalan yang rendah itu bulan hadapan.

Namun begitu, sesetengah negara Eropah berpendapat bahawa pemotongan bekalan gas daripada Rusia ini tidak memberikan kesan signifikan dari segi kos memandangkan mereka masih lagi mempunyai import gas daripada negara lain dan permintaan bekalan gas yang rendah ketika ini.

 

Kongsi Melalui: