TRADERTOWN.my

loji janakuasa minyak picture
Gambar oleh AP / Gary Peach

Jordan pilihan utama lokasi loji janakuasa minyak terbesar dunia

Unit pertama loji janakuasa minyak serpih terbesar di dunia, yang terletak di Attarat um Ghudran, Jordan bakal memulakan operasi mereka dalam masa terdekat.

Pemaju projek loji janakuasa tersebut ialah Attarat Power Company (APCO) yang merupakan sebuah syarikat usahasama antara syarikat YTL Power Malaysia, Guangdong Energy China, dan Enefit Estonia.

Belajar pelaburan saham minyak mentah dan emas global secara percuma. Klik sini.

Projek Loji Tenaga Bebas (IPP) tersebut bernilai $2.1 bilion dengan penghasilan tenaga 3.7 bilion kilowatt sejam (kWh) yang mampu untuk memenuhi keperluan kira-kira satu perlima permintaan sumber tenaga Jordan dan telah diselaraskan dengan Grid Nasional Jordan.

Guangdong Power Engineering Corporation (GPEC) merupakan anak syarikat Energy China dan telah dianugerahkan kontrak Kejuruteraan, Perolehan, dan Pembinaan (EPC) untuk projek tersebut pada tahun 2014.

group support minyak

Lebih 70% peralatan yang diperlukan dalam pembangunan projek loji janakuasa minyak tersebut adalah dihasilkan daripada China.

Projek Loji Tenaga Bebas (IPP) tersebut akan bertanggungjawab untuk membekalkan kuasa kepada Syarikat Tenaga Elektrik Nasional (NEPCO) milik kerajaan Jordan di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga 30 tahun (PPA) dengan penawaran tarif yang lebih kompetitif dan kesan relatif paling minimum dengan perubahan harga minyak pada pasaran global.

Projek tersebut juga turut mendapat 100% dana peribadi daripada bank konsortium China menerusi program Inisiatif Belt dan Road (BRI) China untuk program pembangunan infrastruktur luar China.

group signal picture

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *