Platform media sosial terkenal di China, WeChat telah memadamkan pos yang telah dihantar oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. Pemadaman ini dibuat kerana WeChat mendakwa bahawa pos tersebut mengelirukan orang awam, tambahan pula dengan keadaan persengketaan diplomatik antara dua buah negara yang semakin tegang.
Scott Morrrison telah menulis post yang mempromosikan Australia sebagai sebuah negara yang bebas, liberal dan demokratik. Perdana Menteri Australia itu juga turut menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan terhadap tuduhan kekejaman yang dilakukan oleh anggota tentera Australia di Afghanistan.
Namun begitu, WeChat telah memadam pos berkenaan atas sebab perkataan yang mengelirukan dan mengubah peristiwa bersejarah dan menipu orang awam.
Baru-baru ini, China dan Australia telah menggunakan pendekatan media sosial untuk meluahkan perasaan masing-masing ketika keadaan kedua-dua buah negara ini semakin tegang.
Scott Morrison marah dan menggesa permohonan maaf secara terbuka minggu ini setelah seorang diplomat di Beijing telah memuat naik ciapan imej palsu. Imej tersebut memaparkan seorang anggota tentera Australia sedang memegang pisau dan menghalakan senjata tersebut di leher seorang kanan-kanak Afghanistan.
Josh Frydenberg, Bendahari Australia menyifatkan bahawa tindakan WeChat itu adalah tidak perlu dan keterlaluan.
Sambil menegaskan kepentingan perdagangan dengan China, Josh Frydenberg berkata bahawa mereka tidak akan mengaku kalah terhadap permintaan China. Hal ini kerana, Australia berpegang teguh dengan identiti nasional, kebebasan media dan akan sentiasa mementingkan kepentingan nasional dalam perkara yang melibatkan pelaburan asing.
Scott Morrison telah mendaftar WeChat pada February 2019, menjadikan beliau antara beberapa ketua negara yang mempunyai akaun media sosial tersebut. WeChat merupakan jaringan sosial terbesar China dengan lebih 1 bilion pengguna. Sejak itu, beliau telah mengambil peluang menggunakan pendekatan menulis pos dalam Bahasa Cina untuk menerangkan tentang polisi Australia. Semasa sesi pilihan raya persekutuan yang lepas, ketua parti-parti politik telah menggunakan platform tersebut untuk mengadakan sesi soal jawab bersama dengan penggundi Cina-Australia.
Namun begitu, seperti kebanyakkan media di China, WeChat telah bekerjasama dengan Beijing untuk menapis kandungan sensitif. Contohnya, Weibo Corp (NASDAQ:WB), platform popular bagi ahli politik dan ketua kerajaan negara luar, mempunyai sejarah menyekat dan membuang pos daripada kedutaan asing yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan manipulasi pasaran stok.
Walau bagaimanapun, operator WeChat, Tencent Holdings Ltd (HKG: 0700)tidak memberikan sebarang respon berhubung isu ini.
Sebenarnya, Australia dan China telah mula berbalah sejak tahun 2018, setelah Canberra mengharamkan Huawei Technologies Co daripada membina jaringan rangkaian 5G. Selain itu, Canberra turut memperkenalkan undang-undang anti-campur tangan asing bagi membendung Beijing daripada terlibat dengan urusan pentadbiran dalaman Australia. Tidak cukup dengan itu, Australia juga telah menggesa siasatan peribadi dijalankan ke atas Wuhan untuk mengenal pasti asal usul penyebaran COVID-19.
Kesan dari tindakan itu, beberapa produk komoditi Australia telah dikenakan tarif atau sekatan oleh China yang mana Canberra menyifatkan perkara ini sebagai serangan halus tekanan ekonomi.