TRADERTOWN.my

Australia picture
Gambar oleh Phillie Casablanca

Australia bermasam muka dengan China, rakyat tersepit di tengah-tengah!

Syarikat pengeluar gas asli terbesar Australia, Australia Woodside (OTC:WOPEY) menghentikan perbincangan untuk menjual saham di medan gas dan projek cecair gas asli kepada firma syarikat China berikutan pertelingkahan diplomatik antara Australia dan China.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Peter Coleman mengesahkan bahawa rundingan antara kedua-dua belah pihak dihentikan buat seketika sejak beberapa bulan lalu tetapi beliau sangat berharap agar isu diplomatik ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara itu tegang apabila Canberra menggesa permohonan antarabangsa untuk menyiasat China sebagai punca penyebaran wabak COVID-19.

Syarikat Woodside telah berunding dengan firma nasional China termasuklah dengan  PetroChina Co (SS:601857) firma tahap kedua untuk menjual sejumlah pegangan dalam medan gas Scarborough dan projek Pluto LNG Train 2. Ini termasuklah dengan jualan gas.

Namun begitu, menurut Coleman, ketegangan ini tidak memberi kesan untuk projek besar yang masih lagi dijalankan secara bersama antara Woodside dan syarikat China.

Setakat ini, Australia adalah pembekal terbesar cecair gas asli kepada China, menjadikan negara yang terkenal dengan haiwan kanggaru itu sebagai pengimport 40% terbesar bagi China pada September lalu.

Sementara itu, Australia dan China turut mengalami pertelingkahan dalam isu eksport.

Pegawai pertanian Australia memberi amaran kepada lebih 400 pengeksport Australia tentang kelewatan proses kastam di China. Kelewatan proses kastam ini akan mengakibatkan kerugian komersial kepada pengeksport. Contohnya seperti bahan eksport udang galah hidup yang tidak lagi segar dan mati ketika menunggu proses kastam di Shanghai.

Walau bagaimanapun, pegawai China menafikan dakwaan kelewatan kastam sengaja dilaksanakan terhadap produk dari Australia.

Australia turut membuat kenyataan terhadap China yang telah menghentikan import kayu balak setelah pihak kastam China menjumpai serangga perosak.

Menurut Menteri Pertanian Australia, David Littleproud, Pentadbiran Awam Kastam China telah mengesahkan pengantungan import kayu balak dari Victoria bermula pada 11 November 2020.

Notis penggantungan itu dikeluarkan pada hari Rabu dan turut menggesa Beijing untuk mengarahkan pihak kastam di kawasan selatan untuk mengetatkan pemeriksaan terhadap kesemua kayu balak yang tiba dari Australia.

Kayu balak yang dijangkiti serangga perosak perlu dihapuskan atau dipulangkan semula dengan kadar yang segera.

Pengharaman ini adalah seminggu selepas China memberhentikan sementara import kayu balak dari Queensland. Sebelum ini, China pernah membuat kenyataan kepada media bahawa pihak mereka telah bermesyuarat dan diberitahu secara tidak formal tentang pemeriksaan lebih ketat terhadap produk dari negara itu pada 6 November lalu.

Persatuan industri kayu balak Australia, CFMEU gusar dengan situasi yang melanda dan menjangkakan kemungkinan beribu-ribu pekerjaan rakyat mereka yang terlibat dalam industri ini akan terjejas.

Hal ini kerana, jumlah eksport kayu balak negara itu kepada China tinggi, bernilai lebih kurang $600 bilion dan merupakan 60% daripada jumlah keseluruhan eksport.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *