TRADERTOWN.my

Kerjasama ekonomi picture
Gambar oleh Roslan Rahman

Kerjasama ekonomi Asia Pasifik, A.S rasa terancam iri hati?

Kerjasama ekonomi menerusi perkembangan politik dan geopolitik di Asia Pasifik dan Amerika Syarikat (A.S) berpotensi untuk menganggu bahan eksport komoditi A.S seperti minyak mentah, gas asli dan arang batu.

Dua minggu lalu, lima belas buah negara di rantau Asia Pasifik termasuklah China dan Australia telah menandatangani perjanjian perdagangan baru (RCEP) yang paling baharu dan terbesar buat masa ini. Objektif RCEP adalah untuk menghapuskan atau menggurangkan tarif terhadap barangan termasuklah perdagangan komoditi untuk negara anggota.

Melihatkan kepada perdagangan barangan komoditi, perjanjian itu kelihatan kuat dengan negara anggota terdiri daripada:

Pengimport terbesar minyak mentah dunia: China

Pengimport terbesar cecair gas asli (LNG): Jepun dan China

Pengeksport terbesar LNG: Australia dan Korea Selatan

Pengeksport terbesar arang batu: Australia dan Indonesia

Namun begitu, sesetengah pihak berpendapat bahawa perjanjian itu merupakan sebahagian daripada usaha licik untuk menguatkan kedudukan China di pasaran global.

Buat masa ini, perjanjian itu dilihat dapat mengukuhkan perdagangan komoditi antara negara anggota kerana tarif yang dihapuskan. Tetapi, nampak gayanya pengeksport tenaga A.S berasa terancam.

Lebih mengusarkan hati golongan ini adalah apabila sekiranya pentadbiran Biden berjaya mengharamkan penggerudian baharu di kawasan milik Persekutuan.

Pentadbiran Joe Biden dilihat lebih bersifat multilateralism, yang mana berbeza dengan polisi pentadbiran Donald Trump sebelum ini. Pendekatan pentadbiran Joe Biden dapat membantu A.S dalam kerjasama ekonomi ekonomi dagangan bersama negara Asia Pasifik.

Joe Biden terkenal sebagai antara ahli politik yang giat memperjuangkan agenda alam sekitar yang mana berkemungkinan akan memberi kesan negatif kepada industri minyak mentah dan gas A.S.

Namun begitu, situasi ini akan memberi manfaat kepada negara lain dalam kerjasama ekonomi untuk mengambil alih tempat A.S dalam pasaran komoditi minyak mentah.

Eksport LNG firma A.S ke China dijangkakan akan meningkat bagi tahun mendatang. Perkara ini didorong oleh perkembangan positif terma pembekalan sejak perang dagang A.S-China bermula.

Sementara itu, Cheniere Energy (NYSEAMERICAN: LNG), salah sebuah syarikat pengeksport LNG yang beribu pejabat di Texas telah menandatangani rangka perjanjian bagi eksport produk LNG ke Foran Energy Group (SHE: 002911) untuk tahun 2021.

Perjanjian antara firma A.S dan China ini memberi gambaran terhadap keyakinan pengeksport komoditi A.S untuk menjadikan China sebagai sasaran pasaran eksport mereka.

Mungkin A.S perlu belajar cara untuk menerima dan memanfaatkan kekuatan negara lain untuk kesejahteraan ekonomi sejagat berbanding terus cuba untuk menjadi polis dunia?

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *