TRADERTOWN.my

Venezuela picture
Gambar oleh Shutterstock

A.S geram, Venezuela masih berdegil eksport minyak ke China

Venezuela menerusi syarikat minyak negara itu, Petroleos de Venezuela (PDVSA) telah memulakan semula penghantaran minyak mentahnya ke China. Tindakan negara Amerika Selatan ini dilihat berani kerana negara itu masih meneruskan eksport perdagangan minyak mentah meskipun telah dikenakan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat (A.S) selama lebih setahun sebelum ini.

Syarikat milik China, China National Petroleum Corp (CNPC) dan PetroChina merupakan pelanggan utama PDVSA. Kedua-dua syarikat ini telah menghentikan import minyak mentah di pelabuhan Venezuela pada Ogos 2019 setelah A.S melanjutkan sekatan perdagangan terhadap PDVSA dan mana-mana syarikat yang bekerjasama dengan PDVSA.

Sekatan dagangan A.S ke atas Venezuela sebelum ini merupakan sebahagian daripada tindakan bekas Presiden A.S iaitu Donald Trump untuk menekan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro. Namun begitu, tindakan Donald Trump ini masih lagi tidak kesampaian dan gagal mencapai matlamatnya iaitu untuk menggurangkan kuasa Nicolas Maduro dan juga menghalang eksport minyak nasional negara Amerika Selatan itu.

Sebaliknya, pelanggan syarikat PDVSA bertindak untuk meningkatkan pula jumlah eksport ke Malaysia. PDVSA memanfaatkan kebenaran untuk pertukaran kargo antara kapal di lautan dan orang tengah perdagangan untuk membolehkan import minyak mentah ke China berjalan dengan lancar.

Namun begitu, pihak PDVSA, CNPC, PetroChina dan Menteri Minyak Venezuela enggan mengulas lanjut berkenaan isu ini.

Selain itu, menurut jurucakap di Jabatan Perbendaharaan A.S, tindakan Venezuela ini akan merisikokan sektor minyak negara tersebut untuk berdepan dengan lebih banyak lagi sekatan. Hal ini kerana, negara itu dilihat seolah-olah cuba untuk mencabar keputusan sekatan dagangan yang dikenakan sebelum ini.

Kyoto merupakan kapal tangki minyak yang pertama meneruskan semula eksport minyak mentah Venezuela kepada China.

Kapal tangki itu ditempah oleh syarikat Wanneng Munay. Namun begitu, yang peliknya Wanneng Munay merupakan antara beberapa syarikat Rusia yang didaftarkan dengan tiada kepakaran dalam perdagangan minyak tetapi telah menjadi pelanggan kepada PDVSA baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pihak Wanneng Munay dan Kyoto tidak memberikan sebarang komen dan respon kepada isu ini.

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *