TRADERTOWN.my

pentadbiran Trump picture
Gambar oleh nrdc.org

Pentadbiran Trump mampu selamatkan semula minyak?

Pentadbiran Trump dijangka akan mengambil langkah akhir yang penting dalam penjualan pajakan untuk penggerudian minyak di kawasan Artic National Wildlife Refuge (ANWR), Alaska.

Langkah ini diambil oleh pentadbiran Trump sebelum Joe Biden mengambil alih pentadbiran A.S secara formal. Sebelum ini Joe Biden membantah operasi penggerudian di kawasan yang kaya dengan hidupan liar itu.

Menurut jurucakap Biro Pengurusan Tanah A.S di Anchorage, Alaska, Rumah Putih akan menghantar panggilan untuk pencalonan dalam masa beberapa harini ini. Panggilan itu adalah permohonan untuk syarikat tenaga membeli pajakan terhadap kawasan yang telah dispesifikkan.

Langkah ini akan mengambil masa selama 60 hari sebelum penjualan pajakan berlaku di ANWR.

Operasi penggerudian telah diharamkan berdekad lamanya sebelum parti Republikan menandatangani undang-undang cukai pada tahun 2017 untuk membatalkan pengharaman tersebut.

Biden membantah keputusan Republikan ketika itu walaupun pembuat undang-undang di Alaska bersetuju untuk membenarkan kawasan itu diterokai bagi ekplorasi minyak dan gas.

Bekas Presiden Hal Ehwal Polisi, Ekonomi dan Seliaan di Institut Petroleum Amerika (API) mengulas pembangunan di ANWR akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan hasil ekonomi kepada negeri tersebut.

Ini adalah antara sebab kebanyakkan orang Alaska bersetuju dengan projek pembangunan ekplorasi minyak mentah dan gas di kawasan mereka.

Dalam masa 60 hari tersebut, 30 hari awalnya adalah untuk panggilan pencalonan, yang mana pihak kerajaan akan memberi notis untuk penjualan pajakan yang akan datang. 30 hari selepasnya pula, penjualan pajakan akan berlansung.

Alaska menghasilkan 500,000 juta tong minyak mentah, jauh lebih rendah berbanding 2 juta tong penghasilannya sebelum ini pada lewat 1980-an.

Namun begitu, Pengarah Eksekutif di Alaska Wilderness League, Adam Kalton membantah penggerudian di kawasan itu dan menyifatkan langkah proaktif pentadbiran Trump ini adalah hanya sebahagian daripada usaha untuk menjaga hubungan sekutu dengan pihak industri minyak mentah.

Kawasan yang berkeluasan 19 juta ekar merupakan rumah kepada puak Asli dan populasi hidupan liar termasuk beruang polar.

Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa bank besar di A.S ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kewangan kepada projek minyak mentah dan gas di Wilayah Artik.

Bernadette Demientieff, pengarah eksekutif Jawatankuasa Gwich’in Steering Community menegaskan bahawa pentadbiran Trump sebelum ini sering mengabaikan suara komuniti mereka dan menuduh pihak Trump sebelum ini hampir memusnahkan sumber makanan, tanah dan cara hidup masyarakat di kaum Asli di situ.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *