TRADERTOWN.my

Rusia picture
Gambar oleh currency.com

Rusia umum projek minyak Artik, aktivis alam sekitar kecewa

Rabu lalu, syarikat gergasi minyak Rusia, Rosneft (MCX:ROSN) mengumumkan akan memulakan operasi bagi projek Vostok Oil di Artik. Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik tenaga Rusia. Namun begitu, rancangan ini ditentang hebat oleh para aktivis alam sekitar.

Ketua Eksekutif Rosneft, Igor Sechin berterima kasih kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana telah membantu memudahkan undang-undang untuk pelaburan Rusia di Artik.

Igor Sechin turut menambah bahawa kerja ekplorasi sedang dijalankan mengikut jadual. Reka bentuk perpaipan sepanjang 770 kilometer dan sebuah pelabuhan juga telah disiapkan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik sumber mineral Rusia bagi jangka masa panjang sehingga tahun 2035 dan bergantung kepada permintaan global yang semakin meningkat walaupun dijangkakan gas asli akan perlahan-lahan menggantikan minyak mentah dan arang batu.

Sumber mineral akan kekal menjadi suatu bentuk kelebihan aset buat ekonomi negara itu dan akan menentukan tempat dan peranan negara itu dalam dunia ini.

Tahun lepas, para aktivis alam sekitar telah menggesa kerajaan Rusia untuk menghentikan pemberian lesen yang membenarkan ekploitasi terhadap bahan galian di Artik.

Projek Vostok Oil ini merupakan tonggak kepada cita-cita Rusia untuk menjadikan Artik sebagai sumber ekonominya. Projek ini dapat menyatupadukan beberapa aktiviti di bawah syarikat Rosneft di Utara Jauh Rusia, berdekatan dengan laluan utara yang memudahkan urusan penghantaran ke Eropah dan Asia.

Februari lalu, Igor Sechin telah berjanji kepada Putin bahawa skim projek ini akan menghasilkan daerah miyak dan gas yang baru di Semenanjung Taymyr, Siberia yang merupakan kawasan paling utara bagi benua Asia.

Projek yang lengkap itu dijangka akan memberi pulangan pelaburan kira-kira $111 bilion termasuklah dengan dua lapangan terbang dan 15 bandar industri.

Kira-kira 130,000 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan dengan jumlah rizab minyak mentah kira-kira 5 bilion tan.

Minggu lalu, Rosneft mengumumkan penjualan sebanyak 10% kepentingan projek itu kepada syarikat dari Singapura, Kumpulan Trafigura.

Ekplorasi minyak mentah di Artik dianggarkan dapat menghasilkan kira-kira 100 juta minyak mentah setahun.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *