Fonterra Co-operative Group Limited (NZX:FCG) sedang mengintai peluang untuk menyertai Tawaran Awam Awal (IPO) bagi pasaran saham Australia.
Pengumuman umum mengenai rancangan ini merupakan sebahagian daripada strategi pengglobalan syarikat tenusu gergasi New Zealand itu.

Selain itu, syarikat itu berhasrat memperkukuh kedudukan kewangan syarikat dan memfokuskan kepada ternakan tenusu dalam negara.
Pemilihan untuk disenaraikan di Bursa Saham Australia dibuat memandangkan kebanyakkan produk tenusu Fronterra dieksport ke sana.
Fonterra Co-operative Group Limited adalah koperasi tenusu multinasional yang dimiliki oleh sekitar 10,500 petani New Zealand.

Pemegang saham dijangka memperoleh kira-kira $700 juta menerusi bisnes Fonterra di Australia dan Chile menjelang tahun 2024.
Syarikat itu juga melaporkan keuntungan bersih selepas cukai sebanyak $ 419.36 juta untuk tahun berakhir 31 Julai.
Selain itu, syarikat turut mengusulkan struktur modal baru bagi petani baru untuk memasuki koperasi dengan lebih mudah.
Ini adalah sebagai galakan untuk petani dan penternak tempatan agar meningkatkan jumlah pengeluaran dan menyumbang kepada jumlah eksport produk tenusu negara.

Struktur baru ini juga akan menghadkan pelaburan bukan petani dalam penyenaraian Dana Pemegang Saham Fonterra. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pemilikan dan kawalan petani terhadap ternakan dan produk tenusu mereka.
Belajar saham global percuma di TRADERTOWN. Klik sini.