Niaga hadapan emas turun 0.03% kepada $1,758.6, manakala matawang dolar naik semasa sesi pagi pasaran Asia.
Namun begitu, matawang dolar masih lagi di bawah paras kenaikan tertinggi dalam tempoh setahun (one-year high).

Laporan pekerjaan Amerika Syarikat (A.S) yang merangkumi gaji bukan ladang, Non-Farm Payroll (NFP) dijadualkan akan keluar pada lewat hari ini. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi jadual waktu Rizab Persekutan A.S untuk memulakan penggurangan aset.
Menurut Pengerusi Rizab Persekutuan A.S, Jerome Powell berkata pembuat polisi bersetuju untuk memulakan penggurangan aset bermula November 2021, selagi mana laporan pekerjaan pada bulan September memberangsangkan.
Jumlah tuntutan pengganguran awal yang difailkan sepanjang minggu lalu juga menurun kepada 326,000 dalam tempoh 3 bulan. Penurunan ini menunjukkan pasaran kerja A.S beransur pulih selepas dilanda pandemik COVID-19, disokong oleh penurunan harga emas.

Sementara itu, pihak Senat A.S telah meluluskan undang-undang untuk menaikkan had hutang kerajaan persekutuan. Ini adalah langkah sementara pemulihan ekonomi A.S sehingga awal bulan Disember 2021.

Di Asia Pasifik pula, pelabur sedang menantikan keputusan polisi Bank Rizab India.
Sementara itu, perak dan palladium masing-masing jatuh 0.4% manakala platinum naik 0.2%.
