TRADERTOWN.my

aud picture
Gambar oleh think.ing.com

Baca Ini Dulu Sebelum Trade AUD Dan NZD!

Mata Wang Dolar Australia (AUD) dan New Zealand (NZD) berada pada ambang risiko. Antara sebabnya ialah pasaran ekuiti kedua-dua buah negara yang tidak memberangsangkan.

Para pelabur juga sedang menunggu data penting untuk inflasi domestik yang akan memberi impak kepada kadar faedah.

Dolar Australia (AUD) kekal berada pada paras $0.7180 manakala Dolar New Zealand (NZD) berada pada paras $0.6707.

Pasaran agak tegang sementara menunggu keputusan mesyuarat polisi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang dijangka akan meningkatkan kadar faedahnya.

Angka harga pengguna domestik berpotensi untuk mempengaruhi penamatan pembelian bon oleh Bank Rizab Australia pada bulan Februari dan kembali mengukuhkan pasaran untuk kenaikan pada Mei atau Jun.

Median untuk Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka naik 3.2 % dan merupakan yang tertinggi sejak 2014 (2.4%).

Bank Kebangsaan Australia dan Bank Komanwel Australia menjangkakan inflasi akan naik mencecah 2.5%.

Pasaran bon berada pada paras harga berisiko dengan hasil perbendaharaan tiga tahun meningkat pada 1.14%. Peningkatan hasil perbendahaaraan akan menyebabkan harga bon jatuh.

Sementara itu, untuk NZD pelabur masih lagi menantikan keputusan polisi monetari Bank Rizab New Zealand pada 23 Februari ini.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *