TRADERTOWN.my

aud picture
Gambar oleh Ae Cherayut/Shutterstock

AUD Didagangkan Pada Paras Terendah, Yen Kembali Mendahului

Mata wang Dolar Australia (AUD) turun 0.57% kepada 82.02 berbanding mata wang Yen. Paras ini merupakan yang terendah dalam tempoh sebulan.

Mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) juga turun semasa sesi pagi pasaran Asia.

Antara faktor kejatuhan mata wang USD ialah kebimbangan pelabur terhadap peningkatan inflasi.

Pelabur berharap agar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengetatkan polisi monetarinya untuk mengawal inflasi dan memberi peluaang cerah untuk kenaikan semula mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).

Sentimen pelabur ini juga telah menyebabkan mata wang Yen (JPY) meningkat berbanding mata wang Dolar Australia (AUD). Mata wang Yen ialah salah satu mata wang safe-haven.

Indeks Dolar Amerika Syarikat menurun 0.06% kepada 95.665.

Pasangan mata wang USD/JPY mencatatkan penurunan  0.37% kepada 113.66.

Pasangan mata wang AUD/USD turun 0.50% kepada 0.7189.

Pasangan mata wang NZD/USD turun 0.36% kepada 0.6730.

Pasangan mata wang USD/CNY naik 0.03% kepada 6.3430.

Pasangan mata wang GBP/USD turun 0.01% kepada 1.3593, menghampiri paras terendah sejak 11 Januari lalu.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *