Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia.
Antara sebab penurunan ini ialah peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (A.S).
Niaga hadapan emas turun 0.18% kepada $1,839.85.
Sebelum ini, emas naik setelah mendapat tempias penurunan harga mata wang dolar dan peningkatan ketegangan Amerika Syarikat dan Rusia terhadap krisis di Ukraine.
Pelabur masih lagi menunggu keputusan polisi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S).
Rizab Persekutuan (Fed) dijangka akan mengetatkan polisi monetari pada kadar yang lebih cepat berbanding jangkaan. Langkah ini bertujuan untuk mengawal peningkatan inflasi.
Peningkatan inflasi merupakan cabaran terbesar kepada ekonomi A.S untuk tahun 2022 setakat ini.
Rabu lalu di United Kingdom, data inflasi seperti Indeks Harga Pengguna (CPI) menunjukkan peningkatan 5.4% bagi tahun ke tahun.
Pertambahan kadar inflasi daripada jangkaan ini menekan Bank Negara England. Bank pusat ini juga dijangka akan meningkatkan kadar faedah untuk mengawal inflasi.
Sementara itu, harga minyak mentah juga menunjukkan kenaikan trend. Kenaikan ini menyokong kepada kebimbangan terhadap peningkatan inflasi.
Logam berharga lain seperti perak dan paladium masing-masing turun 0.1% dan 0.4% manakalan platinum naik 0.1%.
Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN.